1. Ceraikan Aku!

16.7K 257 85
                                    

Ceraikan aku! Ceraikan aku!

Aku sudah jemu ulang perkataan itu sebagai jalan terakhir kepada sengketa ini. Sengketa yang hanya aku dan Shahfri saja yang mengerti pahitnya. Kamu semua boleh anggap aku masih perempuan liar pada buku satu yang kamu kenal tahun 2012 dulu. Yang tak mahu hidup terikat dengan ikatan perkahwinan kerana terlalu benci dengan sikap lelaki yang meracun cinta. Yang liar dan bodoh tak peduli pentingnya maruah diri untuk dijaga.

You're so dead wrong. Kalau itu anggapan kau terhadapku, makanya kau masih belum kenal aku. Pergi kau, pergi baca balik buku satu dulu.

Aku adalah manusia yang sanggup buat apa saja untuk menyelamatkan sesiapa yang aku sayang, termasuklah Kiko. Cuma, Kiko disahkan menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP) pada tahun 2016 dan terpaksa aku tidurkan dia selamanya untuk elak dia menderita.

Tapi, apa lagi dayaku kalau andainya manusia yang aku pertahankan itu dengan relanya melepaskan aku? Apa lagi kudratku untuk aku pertahankan cinta kami?

Kata orang, holding on sometimes does more damage that letting go. Jadi apa lagi yang perlu aku sentuh jika setiap sentuhan itu cukup menyakitkan?

Tahun 2013, aku bernikah dengan Shahfri Aizad dan pada tahun 2015 kami dikurniakan sepasang cahayamata, Aiman dan Sofea. Segalanya cukup indah waktu itu, baru mengecap indahnya alam perkahwinan selepas dilanda badai hebat.

Tahun 2016, Shafri membeli sebuah rumah teres dua tingkat berdekatan dengan rumah papa dan mama. Kita sudah mula bekeluarga, kata Shahfri. Takkan mahu menyusahkan mama dan papa lagi? Aku setuju. Biarlah susah sedikit asalkan ada harta sendiri.

Namun kini, tahun 2018 adalah tahun yang paling sedih buatku saat dugaan datang mendadak bermula daripada Shahfri yang dibuang kerja kerana tidak perform. Aku tak tahu sama ada dia benar - benar tak perform dalam menjalankan tugas, atau ini semua agenda Cik Jasmin. Yang penting, kami hilang mata pencarian. Aku adalah seorang isteri yang percayakan suamiku seratus peratus. Apa saja yang dikatanya aku telan dan hadam tanpa banyak soal. Jadi bila katanya dia diberhentikan kerja oleh Cik Jasmin, aku angguk saja.

Wanita harus kerja, bak kata ibu. Kerana bila - bila masa tubuhnya tidak akan diimpikan lagi oleh lelaki yang sudah jemu melihat. Jadi segala apa yang dibuat, tidak akan dihargai lagi termasuklah saat getir mengandung dan melahirkan anaknya.

Jadi aku melakukan pelbagai kerja untuk tampung hidup. Jualan online, buat makanan ringan seperti macarons dan pavlova, jual kain pasang. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada untuk anak -anak. Tak pernah lagi anak - anakku berlapar, berpakaian buruk dan comot. Semua aku sediakan melebihi diriku.

Berbalik pada Shahfri Aizad.

Berhenti kerja di PPHP, Shahfri kembali bergiat aktif dalam bidang modeling dan mula berjinak - jinak dengan arak, dadah dan dia turut punyai teman lelaki. Sebagai isteri yang tak menang tangan menguruskan anak - anak yang makin nakal, aku hingga tak mampu untuk hias diri sendiri supaya kelihatan secantik zaman muda - muda dulu. Shah pula, makin ligat ke sana sini bagai orang tiada komitmen.

Aku sudah lama tinggalkan dunia liar aku. Pada aku, semua itu hanya untuk dikecap sementara. Aku ada kehidupan yang lebih bermakna untuk aku jalani. Zaman remaja aku sudah berlalu walaupun tidak seperti yang aku harapkan. Untuk aku berpatah balik ke zaman itu? Takkan berlaku. Siapa yang akan membela Aiman dan Sofea jika kami sama - sama hanyut?

Tapi Shahfri silap langkahnya. Dia terjebak, dan kini kami semua adalah mangsanya. Menderita atas keseronokan yang dia kecap.

Dan malam semalam, aku sudah tak tertahan lagi, bacaan ayat suci Al-Quranku terganggu dengan bunyi mengekek tawa Shahfri dan teman lelakinya Darren, mungkin dalam keadaan mabuk. Bukan sekali mereka pulang bersama dalam keadaan sebegitu dan aku cuba menegur tapi aku pula jadi mangsa dibelasah diterajang Shahfri. Dibelasah dan -- diterajang seperti bola. Sampai bila aku harus tahan?

Aku sudah lama berpisah bilik tidur dengannya. Sudah tiada jiwa untuk aku kongsikan bersama Shahfri dalam keadaan dirinya sudah dibaluti keseronokan bersama insan lain. Insan yang salah, selama tetap salah.

"Bangun Shahfri! Sampai bila kau nak jadi macam ni?" Aku singkap langsir dan buka tingkap,  biar udara menyerbu masuk. Bilik masam kepam itu cukup selesa untuk dia tidur. Teman seksualnya sudah hilang entah kemana, pulang dengan rasa puas barangkali. Jam di dinding sudah menjangkau ke angka dua belas. Sudah tengah hari. Shahfri Aizad masih terbongkang tidur memeluk botol Chivas yang mahal nak mampus itu.

"Uh pehal ni? Silaulah! Bongok betul. Aku dahlah sakit kepala ni!" Tengking Shahfri. Dia tekup kepala dengan bantal. Mungkin hangover kerana mabuk keterlaluan?

"Sampai bila nak berlumut macam ni? Sampai bila!!!???" Aku sudah tak tertahan menanggung seksa. Shahfri buat aku seperti patung.

"Ceraikan aku, ceraikan aku!" Aku goncang bahu Shahfri yang baru mahu lena kembali.

"Kau jangan cabar aku." Shahfri mendengus. Bantal yang dibuat alas kepala tadi dibsling pada aku. Aku tak peduli lagi. Lantaklah. Asalkan dia lepaskan aku.

"Ceraikan aku!"

"Boleh,  takde hal! Sahairah binti Ismael aku ceraikan kau! Aku ceraiii! Kau berambus dari rumah aku! Bawak semua anak - anak kau yang memekak tu!" Shahfri tolak aku hingga terduduk, dan menyambung berbaringan di atas katil. Sedikitpun dia tak peduli kecewa dan terlukanya aku bagaimana.

Walaupun itu yang aku inginkan, tapi aku tergamam juga sebenarnya. Perlahan - lahan air mataku mengalir membasahi pipi. Benar, aku tergamam dengan perubahan drastik Shahfri sepanjang lima tahun lebih aku mengenalinya. Tergamam kerana dia halau anak - anak yang masih perlukan dirinya sebagai bapa. Tergamam dengan lafaz cerai yang keluar dari mulutnya tanpa rasa bersalah. Kenangan bersama kembali berputar dalam ruang memori.

The vow has been broken. Tak ada apa lagi yang boleh aku lakukan selain berdoa agar hidup aku dijaga Tuhan sentiasa. Jika aku terus terseksa, Shahfri langsung tak akan peduli perasaanku. Jadi biarlah aku begini.

***

Sofea terkebil - kebil memandangku yang sedang memandu ditemani juraian air mata. Aiman yang duduk di belakang pula leka dengan kapal terbang mainannya. Hadiah yang Shahfri beri waktu umurnya menginjak dua tahun. How time flies, daddy yang mereka sayangi bukan lagi daddy yang bertanggungjawab.

"Mommy, why are you crying?" Tanya Sofea dalam pelat yang comel, sambil mengusap pipiku, cuba hapuskan air mata yang mengalir.

"Its nothing sayang. Mommy penat sikit banyak work." Aku berbohong pada Sofea.

"kita akan tinggalkan daddy ke, mommy?" Aiman pula menyoal , masih bermain kapal terbang mainannya.

"Tak sayang. Kita pergi balik kampung rumah nenek je. Dah lama tak balik kan! Daddy work, nanti daddy cuti dia balik sekali." Aku cuba selindung perkara ini sebaiknya, tidak mahu dua kembar itu tahu apa yang telah dilakukan bapanya.

"Okay mommy. Kesian daddy makan megi je nanti." Sofea yang paling rapat dengan Shahfri mencebik sedih. Mana hilangnya diri Shahfri? Tergamak menceraikan aku tanpa niat mahu mengubah dirinya kembali ke jalan benar.

Kereta terus dipandu laju membelah lebuhraya yang sedikit lengang waktu itu.

Aku cuba kuat untuk anak - anak aku. Dan yang penting, aku takkan percayakan cinta lagi! Tidak semudah itu.

-------------------------------------------------------------
Credit Song to Eric Clapton (Tears in Heaven)

Happy ReunionWhere stories live. Discover now