Jelita Prolog♡

4.1K 198 47
                                    

NAMA aku? Ivy Jelita binti Abdullah.

Orang selalu panggil aku cantik disebabkan mata aku yang berbeza berbanding yang lain. Malahan, rupa aku yang-hmm entahlah apa yang orang nampak pada aku sampaikan dia orang tak henti memuji aku cantik.

Aku boleh tahan ramai peminat juga.

Secara jujurnya, aku rimas bila dikelilingi oleh lelaki kerana mereka agak membuat aku rasa janggal dan benci. Aku ada sebab yang kukuh kenapa aku sangat - sangat bencikan lelaki. Mummy aku pernah diseksa dan dirogol oleh bekas suami dia dan ayah kandung aku sendiri.

Ya, aku ni anak luar nikah.

Daddy aku yang sekarang ini bukanlah ayah kandung aku tapi dia kata dia tetap sayang aku sebagai anak kandung dia sendiri. Daddy aku juga dia kata yang dia berikan nama Ivy pada aku sebab Ivy ni istimewa tau.

Ivy ialah nama terbaik yang membawa makna kepada serius, bernasib baik, berkebolehan, mesra dan aktif. Jelita pula daddy tambahkan sebab aku cantik. Jadi, aku suka nama aku!

"Jelita..." Aku menoleh memandang si dia yang menyeru namaku.

Dia sedang duduk di atas meja sambil dikekelilingi oleh beberapa orang kawannya. Tangannya memegang kemas sebuah guitar dan sebelah lagi memetik ton yang berbeza mencipta irama yang menarik.

Dia memandangku.

"Jelita apa khabar denganmu,

Jelita apa kau di situ,

Jelita aku masih merindukanmu,

Setiap hangat senyummu masih lagi terasa",

"Walau akhirnya cerita kita,

Tak seperti apa yang aku harapkan",

Dia mengukirkan senyum padaku.

"Kadang cinta tak berpunya,

Kadang rindu tak bersambut,

Serahkan semua pada-Nya,

Percaya pada cinta,

Bahagia kan ketemu jua",

Mata kami berdua bertentang.

Dia kenyit mata padaku.

"Walau akhirnya cerita kita,

Tak seperti yang aku harapkan",

"Kadang cinta tak berpunya,

Kadang rindu tak bersambut,

Serahkan semua pada-Nya,

Percaya pada cinta,

Bahagia kan ketemu jua",

Dia akhirnya mengakhiri lagu itu. Terus saja kawan - kawannya meneouk tangan padanya bersama - sama sengihan teruja.

"I loves a girl who's called Jelita..." Gumamnya dengan penuh yakin sambil sepasang matanya itu tepat memandangku.

Rakan sekelas mula bersorak teruja apabila mereka memerhatikanku.

"I hate you, man". Bidasku sinis lantas aku teeus saja berlalu pergi dari situ.

Malangnya, gangguan hidup aku bukan di situ saja.

Dia berterusan mengganggu aku sampailah aku bersetuju untuk membuka hati menerimanya.

Hmm, sebenarnya aku memang dah jatuh hati tapi aku sengaja hendak menguji kegigihan dia mahu memiliki aku. Jika dia berputus asa sekerat jalan memang aku akan bencikan dia dengan lebih teruk.

Siapa 'dia' yang aku maksudkan itu?

Aku takkan cerita buat masa sekarang sebab ini pun baru permulaan kisah aku, kan? Nak tahu kenalah ikuti kisah aku.

Kisah seorang lelaki yang benar - benar mencintai aku.




+++

Jelita's story will begin.

So...

Siapa hero si Jelita agaknya?

1. Hansel?

2. Arsen?

3. Noel?

4. Emuel?

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now