SEMALAM memang seronok aku keluar berjalan - jalan dengan atuk dan juga nenek. Terubat jugalah hatiku yang lara ini sekurang - kurangnya.
Hari ini pula, Noel mengajak aku keluar bersama - samanya untuk datang ke rumah seseorang. Kami keluar sekali dengan Emuel memandangkan mereka tak mahu keluarga mereka mengesyaki apa - apa.
Aku rasa yakin sangat mereka mahu membawa aku bertemu dengan isteri rahsia si Emuel Rayzan itu.
Itu mereka mengguna pakai aku untuk membawa aku keluar berjalan - jalan.
Pandai aje.
Hmph!
“Kita dah sampai”. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka dengan perlahan - lahan lalu aku dikeluarkan dengan lembut oleh Noel.
Emuel pula membuka dedaun pintu.
“Abang”. Seraut wajah cantik Kak Ayra menyapa mataku apabila aku melihat dia dengan baju seksi-?!
Noel mengalihkan wajah ke arah lain.
Telinganya itu sudah pun memerah.
Aku juga melopong.
“Ya Tuhan. Kenapa sayang pakai baju macam ni? Malulah Noel dan Jelita nampak”. Tegur Emuel sambil menanggalkan hud kelabu miliknya lalu dia pakaikan pada tubuh Kak Ayra.
Kak Ayra mengembungkan pipi.
“Bukan salah Ayra. Abang tak beritahu pun abang nak bawa Noel dan Jelita datang ke sini”. Ujar Kak Ayra tak mahu kalah.
“Dah. Jom masuk. Sayang ada masak tak?”
“Ayra masaklah sebab abang kata abang nak balik”. Balas Kak Ayra lagi sambil menggamit kami berdua masuk ke dalam rumah.
Aku tengok badan Kak Ayra tadi memang cantik bentuk badan dia.
Apa yang orang kata? Cantik macam jam pasir.
Patutlah si Emuel tu kata badan aku ni flat.
Aku yang masih remaja nak dibandingkan dengan badan wanita dewasa macam Kak Ayra memang jauh berbezalah!
Dasar si gatal Emuel.
Noel meletakkan tubuhku di atas sofa.
“Kenapa dengan kaki Jelita?” Soal Kak Ayra tatkala dia melihat kakiku yang sudah pun berbalut kemas.
“Dia terjatuh dari tangga. Katanya, ada orang tolak”. Balas Emuel.
“Bahayanya”.
“Jelita ni memang tak berhati - hati. Cuai aje kerjanya”. Tutur Emuel sambil menjelingku.
Aku mencebik.
Nak tunjuk hebat depan isteri lah tu.
“Abang. Tadi, Kak Ayana dan Abang Ralph datang melawat Ayra. Mereka tanya pasal abang. Ayra cakap abang pergi kerja. Tapi, Ayra geramlah dengan anak - anak Kak Ayana tu. Lagi - lagi si Raid”. Ujar Kak Ayra perlahan.
Aku suka pula tengok muka Kak Ayra ni.
Kulit memang putih merah ke?
“Tak apa. Nanti ada rezeki dapatlah kita timang baby”. Pujuk Emuel dengan lembut.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
DU LIEST GERADE
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romantik"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...