Jelita 26♡

840 145 49
                                    

HARI  aku  merupakan  hari  yang  sunyi  memandangkan  dan  lesu  setelah  hal  ketiadaan  Hansel  telah  diberitahu. 

Daddy  kata  hanya  pihak  lelaki  saja  yang  menguruskan  hal  Hansel  itu.

Tiada  siapa  antara  kami  yang  dibenarkan  melawat  kerana  dilarang  oleh  atuk  dengan  tegas  sekali.

Aku  tertanya  -  tanya  sendiri.

Adakah  kewujudan  aku  ini  telah  menyusahkan  orang?

Disebabkan  hal  kematian  Hansel  itu  seluruh  sekolah  telah  menuduhku  membawa  nasib  malang.  Ya,  pertama  kalinya  di  dalam  hidupku  aku  telah  dibuli  di  sekolah.

Arsen  juga  tidak  menghiraukan  aku  seolah  -  olah  dia  langsung  tak  mengenaliku.

Noel  saja  yang  ada  untuk  membantu  aku  ketika  aku  dibuli.

Lokar  aku  ada  sampah.

Aku  disimbah  air  sewaktu  aku  lalu  di  tingkat  bawah.

Orang  membaling  telur  -  telur  yang  masih  mentah  padaku.

Salah  aku  ke  Hansel  mati?  Bukankah  lebih  baik  jika  Hansel  membiarkan  saja  aku  ditimpa  pasu  itu?  Maka,  aku  tak  perlu  untuk  menghadapi  semua  masalah  ini.

Aku  termenung  sendiri  menghadap  tingkap  bilik  music.

Tingkap  yang  terbuka.

Tidak  ada  penghadang  jeriji  besi.  Jika  ada  yang  berniat  hendak  membunuh  diri  pasti  saja  mereka  akan  memilih  tempat  ini.

Strategik.

Aku  takkan  sesekali  membunuh  diri  memandangkan  aku  tahu  perkara  itu  salah.

Pintu  bilik  musik  dikunci.

Aku  memandang  ke  arah  seorang  lelaki  yang  pernah  menolak  aku  ke  arah  jalan  raya  itu.

Sekian  lama  aku  tak  bertemunya.  Akhirnya  kali  ini…

“K-kenapa  kau  datang?”  Soalku  perlahan.

“Aku  dengar  yang  Hansel  mati  disebabkan  kau.  Berani  kau  buat  Hansel  mati  macam  itu  saja?  Mati  demi  mempertahankan  perempuan  murahan  macam  kau  ni?!”  Soal  lelaki  itu  tak  puas  hati.

“Ak-aku  tak  buat  Hansel  mati!”  Nafiku.

“Dia  mati  sebab  dia  melindungi  kau.  Jadi,  silap  kau”.  Tegas  lelaki  itu  lagi.

“Apa  kena  mengena  kau  ni  dengan  Hansel  sampaikan  semua  perkara  yang  berkaitan  Hansel  terus  aje  kau  serang  aku?  K-kau  suka  dia  ke?”  Soalku  perlahan.

“Aku  tak  suka  Hansel.  Aku  hanya  mahukan  yang  terbaik  untuk  Hansel.  Kau  tolak  cinta  dia  disebabkan  kau  perasan  yang  kau  ni  cantik.  Kau  langsung  tak  sedar  yang  Hansel  sanggup  buat  apa  saja  demi  kau”.  Katanya.

“Aku  tak  buat  apa  -  apa  pun  pada  Hansel.  Aku  pun  terkilan  kehilangan  dia”.

“Kau  terkilan  selepas  dia  mati.  Sebelum  dia  mati?  Kau  tak  terkilan  langsung  malahan  kau  puas  hati  kan?  Kau  memang  tak  guna,  perempuan!”

Lelaki  itu  menolak  aku  keluar  dari  jendela.

Aku  berusaha  untuk  berpaut  pada  batu  -  batu  yang  diukir  kemas  itu.

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now