AKHIRNYA dapat juga aku pulang ke rumah.
Lebih mudah untuk aku bernafas memandangkan tak akan ada orang yang mengelilingiku kerana mereka mahu tahu tentang perihal aku. Tapi, aku tahu bahawa meskipun taraf aku tak sama seperti yang lain tetapi mereka tetap menyayangiku terutamanya atuk dan nenek.
“Kakak!” Pintu bilikku tiba - tiba saja diterjah membuatkan aku terkejut.
Aku memandang Nathan yang masuk ke dalam bilik bersama - sama muka serius.
“Kenapa ni Nathan?” Soalku ingin tahu.
“Ini…” Nathan berikan aku sehelai kertas.
Aku hanya menerima kertas itu tanpa sebarang bantahan. Namun, nafas aku bagaikan terhenti seketika apabila aku melihat markah yang tercatat pada kertas peperiksaan matematik itu.
100 markah.
Aku memandanh wajah Nathan.
“Sorry, kakak…” Ucap Nathan serba salah.
Aku mengetap bibir.
“Nathan pun tak sangka yang Nathan dapat markah penuh. Cikgu matematik bagi 50 ringgit pada Nathan sebab Nathan score markah terbaik dalam matematik. Nathan…”
“Nathan dah bagitahu Abang Noel ke?” Soalku lagi.
Nathan mengangguk.
“Abang Noel tunggu Nathan depan pintu pagar sekolah. Abang Noel yang tolong bawa Nathan dan Xavieq pulang ke rumah. Abang Noel senyum je bila dia tahu markah Nathan. T-tapi, dia bawa Nathan dan Xavieq singgah makan di sebuah kedai. Abang Noel sambut Nathan sebab dapat markah penuh”.
“Berapa markah Xavieq?”
“95 markah…”
Aku mengetap bibir.
Nampaknya, hendak menipu Noel pun aku dah tak boleh memandangkan si Nathan awal - awal sudah bocorkan rahsia pada Noel.
“Kakak marah Nathan ke? Nathan minta maaf, kakak”. Muka Nathan sudah mahu menangis.
Aku rasa hari tu Nathan yang bersamangat bila aku keliru dengan keputusan aku. Sekarang, Nathan pula yang nampak cuak apabila keputusan peperiksaan matematik telah pun keluar.
“Taklah, kakak tak marah”. Pujukku.
“Nathan tak tahu pun Nathan boleh dapat markah penuh…”
“Kakak pun tak sangka”. Tukasku.
Aku rasa…
Bagaimana garangnya Noel sewaktu mengajar hanya Nathan saja yang tahu memandangkan Nathan yang belajar dengan Noel. Mustahil cara pengajaran Noel itu santai sama seperti Emuel.
“Kakak…” Nathan mencapai tanganku.
“Ish. Tak payahlah buat muka sedih macam tu, Nathan. Kakak tak marah pun. Janganlah risau”. Pujukku.
Nathan memeluk tubuhku.
“Nathan minta maaf”. Nathan mula tercebik - cebik mahu menangis.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...