BERTUNANG dengan Noel.
Sebulan sudah perihal itu berlalu dan kini aku sudah sah menjadi tunangan Noel. Sememangnya tidak dinafikan aku terasa terikat dengan Noel. Namun, tidaklah aku mampu untuk menolak pertunangan ini.
Kini…
Kaki aku juga sudah pulih malahan aku boleh berjalan ke mana - mana aje sesuka hati aku. Tapi, Noel selalu menggunakan gelaran tunang untuk membuat aku sentiasa ada disampingnya.
Malahan, keluarga aku juga sangat mempercayai Noel.
Hari ini hari ke tujuh aku berada di sekolah setelah sekian lama bercuti kerana kecederaan di kaki aku.
Mujurlah, tiada apa - apa perkara berbahaya yang aku perlu hadapi selepas itu.
Cumanya, Hansel yang kembali menyapaku sama seperti biasa sedangkan dia sedar bahawa aku ini ialah tunangan orang.
“Jelita”.
Aku mengangkat wajah memandang Hansel yang berdiri didepanku.
“Aku nak minta maaf tentang apa yang aku kata pada kau. Aku hanya marah sangat sebab kau buat Maria macam tu. Maria…”
“Aku tak ada apa - apa kaitan dengan ex-girlfriend kau”. Balasku dingin.
“Ta-tapi, Jelita. Aku tak cintakan Maria. Sumpah! Aku hanya cintakan kau saja. Maria tak pernah naik tangan pada orang dan dia sangat lembut. Aku tak suka bila kau tampar dia macam tu”. Ucap Hansel.
Aku hanya diam.
“Jelita. Apa pun kau buat jangan pilih Noel”. Tegur Hansel lagi.
“Apa masalah kau? Jelas - jelas lagi Noel lebih bagus berbanding kau”. Sinisku.
Hansel menggeleng.
“Kau tak tahu dia paling menyeramkan. Noel sangat sukakan semuanya tentang kau, Jelita. Kau takkan bebas jika kau jadi milik dia nanti. Kau hanya akan terkurung dalam istana dia”. Tegas Hansel.
“Aku tak takut”.
Tipulah kalau aku tak takut.
Aku mestilah takut tapi aku perlu menunjukkan keyakinan. Lagipun, jika Noel jelas - jelas sukakan aku nampaknya aku tak perlu risau untuk dia mencurangi aku sebab Noel pasti saja akan menerima aku apa adanya.
Noel...
“Jelita. Ak-aku betul - betul cintakan kau”. Ujar Hansel dengan bersungguh.
Aku memalingkan wajah dari terus menghadap Hansel.
“Je-Jelita”.
Hansel memusingkan tubuhku menggunakan kerusi membuatkan aku terpaksa juga menghadapnya meskipun aku tak mahu.
“Aku tak ada niat pun nak marah kau. Aku tersasul!”
“Tersasul? Kau sedar tak kenapa kau tersasul? Hati kau memang tak ikhlas dengan aku. Jadi, tak hairanlah kalau kau tersasul. Itu belum kau dapat aku tau. Entah - entah aku pun senasib saja macam mummy. Keluarga kau memang akan membawa masalah pada keluarga aku”. Tegasku.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...