AKU duduk di atas sofa yang bertentangan dengan Arsen dan juga Maria. Noel juga ada disisiku bersama - sama seorang guru kaunseling dan seorang guru disiplin.
“Biar aku teka. Kau nak tuduh aku cederakan Hansel. Betul kan?” Soal Arsen sambil menatap wajahku.
Aku terdiam.
Arsen ketawa kecil.
“Aku tak buatlah”.
“Ta-tapi, aku nampak yang kau tengok aku dari atas. Kau berdiri di tingkat pasu tu terletak!” Tegasku.
“Walaupun aku berdiri di situ. Kau ada bukti ke yang aku tolak pasu tu? Kau ada nampak aku tolak pasu tu?” Soal Arsen penuh sinis.
Pandangan mata Arsen pada aku berubah.
Arsen nampak bencikan aku.
“Aku rasa Hansel nampak”.
“Jadi, kau boleh aje pergi tanya Hansel tentang hal tu waktu kau melawat dia. Aku takkan pergi sebab aku tak nak kau tuduh aku mengugut dia pula kan? Lagipun, aku bukan seorang ada di situ. Aku sekelas dengan Maria. Ada tiga orang budak lagi ada di situ. Bukan kami berdua je”. Ujar Arsen.
“Betul. Arsen baru je keluar dari kelas. Saya tunggu Arsen balik dengan saya. Tiga orang budak tu bergelut di kaki lima. Tanpa sengaja dia orang tertolak pasu tu…”
“Jadi, kenapa Arsen jenguk ke bawah?” Soalku.
“Aku nak tengok keadaan Hansel lah! Kau ni tak boleh fikir ke?” Aku terkedu apabila Arsen memarahiku.
“Arsen yang bagitahu cikgu tentang kecederaan Hansel. Arsen minta cikgu panggilkan ambulans. Tiga orang yang bergelut tu pun dah disoal jawab oleh cikgu kaunseling. Betulkan, cikgu?” Soal Maria pada cikgu kaunseling itu.
Cikgu kaunseling mengangguk.
Aku mengetap bibir.
“Kau mesti seronokkan jadi cantik?”
Aku mengerutkan dahi.
“Apa maksud kau?”
“Kau boleh tuduh sesiapa aje yang bersalah. Aku tak tahu apa yang kau tak puas hati dengan aku sampaikan kau bertindak nak tuduh aku cederakan Hansel”.
“Aku bukan tuduh…”
“Kau ni paranoid sangat ada orang nak bunuh kau. Kau pasti ke orang betul - betul sasarkan kau?” Sinis Arsen.
“Aku tak percaya tentang kawan kau bergelut di tingkat atas. Aku rasa mesti ada cctv di tingkat atas. Cikgu, boleh kita periksa cctv tu tak?” Soalku dengan penuh berharap.
“Boleh”. Persetujuan cikgu disiplin melegakan hatiku.
“Aku tak tahulah apa masalah kau. Apa kena dengan kau sampai kau nampak aku jahat? Muka aku ni ada rupa macam pembunuh ke? Oh, betul juga kan. Sejak kecil lagi kau asyik panggil aku ni ahli sihir saja. Sekarang, kau boleh gelar aku ni pembunuh kau pula. Lepas ni, apa? Kau nak sumbat aku masuk dalam juvana? Baru kau puas hati?” Soal Arsen kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...