Jelita 14♡

884 148 10
                                    

AKU suruh Joshua berikan baju ganti pada Hansel memandangkan aku rimas apabila melihat kesan lipstick yang ada pada kolar baju Hansel.

Pintu bilikku dikuak.

Hansel masuk ke dalam bilikku dengan baju t-shirt yang baru.

"Pesan pada Maria tu ini peluang terakhir dia cium kolar baju kau. Dia cium lagi memang berterabur gigi dia kena dengan aku". Pesanku dengan tegas mengundang ketawa kecil Hansel.

"Ke-kenapa kau gelak?!" Bentakku tak puas hati.

"Taklah. Kau terlalu comel dengan muka cemburu tu. Daddy selalu kata yang cemburu ni tanda cinta". Ujarnya dengan sengihan meleret.

"Di-diamlah!" Aku mengherdiknya.

Hansel menatapku dengan mata hijaunya itu.

"Aku suka kau, Jelita".

Aku menjuih bibir.

Hansel mengusap lembut rambutku lantas dia keluar dari bilikku tanpa berpaling lagi.

Entah apa yang dia buat bila dia balik ke rumah.

Ke-kenapa aku nak peduli?!

Ak-aku tak suka dia tapi aku rasa nak tahu je sama ada perangai dia tu kaki perempuan macam pak long atau tak. Hansel pun boleh tahan kacaknya jadi aku mestilah tertanya - tanya. Tambahan lagi, perempuan manja macam Maria tu rapat sangat dengan dia.

"Kakak?" Aku menatap Joshua yang masuk ke dalam bilik.

"Hansel?"

"Hansel dah balik. Kenapa kakak nampak marah sangat pada Hansel tadi?" Soal Joshua ingin tahu.

"Mana kakak tak marah kalau dia sesuka hati aje bagi kolar baju dia kena cium dengan perempuan lain? Itu baru je bercinta dengan kakak. Dia dah buat perangai sampai macam ini. Entah - entah lepas kahwin..."

"Kakak cintakan Hansel ke?" Tiba - tiba Joshua bertanya begitu membuatkan aku terdiam.

"See? Kakak pun tak cintakan Hansel jadi kenapa kakak nak paksa dia setia dengan kakak? Hansel pun ada peluang untuk bertemu janji dengan perempuan lain memandangkan kakak juga buat begitu dengan lelaki lain".

"Ta-tapi, daddy dah kata Hansel teman lelaki kakak! Ja-jadi, Hansel kena setia dengan kakak aje. Kakak pun tak keluar jumpa lelaki lain lepas daddy bagi larangan pada kakak!" Balasku dengan pantas.

Joshua ketawa kecil.

Joshua membuka langkah mendekatiku.

Joshua melabuhkan punggung dibirai katil lalu rambutku dibelainya dengan penuh kasih sayang.

"Kenapa perlu menangis?" Soalnya dengan lembut.

"Ka-kakak tak tahu. Kakak benci sangat pada Hansel ta-tapi dalam masa yang sama kakak risau kalau dia pergi pada perempuan lain. Kakak tak tahu nak buat apa". Kataku bersama - sama esakkan.

"Itu maknanya kakak cintakan Hansel tapi kakak bencikan dia sebab kakak nak gembirakan mummy. Kakak nak lepaskan dia malangnya hati kakak tak rela. Itu maknanya, kakak dah jatuh cinta pada Hansel". Tegur Joshua sambil mengusap lembut kepalaku.

Aku menangis.

Ci-cinta?

Inikah namanya cinta?

Aku tak mahu rasakan cinta kerana cinta sangat - sangat menakutkan dan menyakitkan.

Aku pasti saja akan musnah kerana cinta.

"Ka-kakak tak nak cinta..." Aduku lirih.

"Kakak..."

Aku memandang Joshua yang menyeru namaku.

"Mummy buat silap dulu. Mummy terkejarkan lelaki yang tak mahukan dia. Mummy tak pernah pilih lelaki yang kejar dia. Mummy menderita sebab pilihan tu, kakak. Takkanlah kakak nak ulang kesilapan mummy?" Soal Joshua dengan lembut.

Aku mengetap bibir.

"Pak long duakan mummy sebab dia tak cintakan mummy. Pak long jika cinta dia memang akan cinta. Inikan pula Hansel. Jika dia cintakan kakak pasti saja hati dia akan ada pada kakak". Tegur Joshua.

"Ta-tapi, perempuan lain ada. Ma-Maria nak rampas dia dari kakak". Adu aku lagi.

Joshua memegang erat kedua - dua bahuku.

"Kakak dengar sini. Tak ada guna jika satu pihak saja yang memainkan peranan dalam hubungan cinta. Hansel dah buat bahagian dia. Kakak pula kena buat bahagian kakak. Sampai bila kakak nak kaku macam orang bodoh? Kakak tak rasa ke sekarang kakak perlu mengambil langkah untuk melindungi Hansel dari dirampas perempuan lain?" Soal Joshua.

Aku terdiam.

"Kakak kena lawan balik! Kakak kena berebut Hansel macam dia nyawa kakak. Jika kakak tunduk mengalah memang kakak takkan dapat menggapai Hansel untuk selamanya!"

"Ka-kakak kena lawan semula. T-tak jadi macam perigi mengejar timba ke?" Soalku cuak.

"Tak ada istilah tu. Kakak boleh je dapatkan lelaki yang kakak suka. Takkanlah kakak nak bagi Hansel tu mudah - mudah? Joshua mengaku yang Hansel memang ramai sangat peminat di sekolah. Hampir semua pelajar perempuan di dalam kelas Joshua minta nombor Hansel".

"Jo-Joshua bagi?" Soalku perlahan.

"Tentulah tak. Takkan Joshua nak tambah musuh cinta kakak sendiri pula kan?" Soal Joshua seraya menguntum senyuman manis.

"Apa yang kakak kena buat?" Soalku ingin tahu.

"Tak ada apa. Kakak hanya perlu jadi perempuan normal yang manja dan comel". Ujar Joshua lagi.

Manja dan comel?

"T-tapi, mummy bagi ke?" Aku risau pula mummy akan naik hantu kerana dia percaya yang Hansel menggoda aku sedangkan aku...

"Tak apa. Kakak dalam keadaan sakit. Mummy takkan mempertikaikan apa yang kakak buat. Percayakan Joshua okey?"

Aku mengangguk.

"Selamat berjaya kakak".

♡♡♡♡♡♡


MALAM.

Aku merebahkan tubuh di atas katil.

Kata - kata Joshua petang tadi masih lagi terngiang - ngiang di telingaku. Kenapa tiba - tiba Joshua rajin saja mencuci fikiranku?

Tapi, mampu ke aku buat perangai comel depan Hansel?

Aku mengetap bibir.

Ap-apa yang aku nak cakap pada dia?

"Hansel. Nak suap! Nak suap. Pwish..." Pipiku yang membahang bila aku mengungkap kata begitu.

Takkan aku tiba - tiba nak buat begitu?

Tak pasal - pasal nanti Hansel tuduh aku ni buang tabiat pula!

Arghhhhhhhhhh.

Aku benci perasaan cinta ni.

"Kakak kena lawan balik! Kakak kena berebut Hansel macam dia nyawa kakak. Jika kakak tunduk mengalah memang kakak takkan dapat menggapai Hansel untuk selamanya!" Bicara Joshua menjengah kotak fikiranku.

Ada benarnya juga apa yang Joshua katakan.

Mahu atau tak aku perlu mencuba kerana target aku ialah Hansel Aufan.

Aku takkan lepaskan dia.

♡♡♡♡♡♡


HARI ialah harinya untuk aku menjalankan rancangan aku untuk bermanja dengan Hansel.

Tapi...

Aku merenung tajam seraut wajah Hansel yang sudah tersengih serba salah tatkala dia melihat wajahku. Aku memandang Maria yang berdiri di sebelahnya bersama - sema senyuman manis.

Kenapa perempuan ni ikut dia datang?!

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now