“NUHA duduk dengan atuk dan nenek. Kakak ada urusan nak diselesaikan dengan keluarga Hansel”. Ujarku sebaik saja kami keluar dari kereta.
Pantas saja Nuha memeluk lenganku.
“Nuha?”
“Jangan pergi, kakak. Mummy tak suka kakak pergi ke rumah pak long kan? Apa kata kita biarkan saja perkara itu. Kita datang ke sini sebab nak jumpa atuk dan nenek kan? Jom masuk”. Gamit Nuha dengan lembut.
Aku bagi Nuha alasan nak datang ke eumah atuk memang dari asalnya aku nak menyerang si keluarga Hansel. Aku nak marah pak long sebab tunjuk muka tak berapa hensem dia tu depan mummy aku!
Pintu rumah dibuka.
“Jelita!” Aku orang pertama yang dipeluk atuk.
Atuk memang nampak sayangkan aku. Disebabkan layanan atuk juga ada sepupu aku yang tak puas hati. Kebanyakkan pasti saja sepupu perempuan kerana atuk tak berikan sepenuh perhatian pada mereka macam apa yang atuk buat pada aku.
Nenek pula memeluk tubuh Nuha.
“Jomlah masuk, Nuha”. Gamit nenek.
Kamj berdua masuk ke dalam rumah.
Nampaknya Arsen baru saja keluar dari dapur dengan apron yang berenda merah jambu bersama - sama gambar beruang di tengah terkaku apabila melihat kami berdua masuk ke dalam rumah.
Wajah Arsen terus saja bertukar rona.
Aku tergelak.
“Co-comel…” Puji Nuha malu - malu.
Tiba - tiba saja aku dapat idea yang menarik.
Aku membuka langkah menuju ke arah Arsen tapi dia mengundurkan langkah ke dapur membuatkan aku mengepung tubuhnya.
“Je-Jelita?”
“Boleh tolong aku buat something?”
“Kau nak aku buat apa?” Soal Arsen perlahan.
“Tolong berbual dengan Nuha sekejap? Please?” Pintaku sambil mengerdipkan mataku pada Arsen.
“Ka-kau nak buat apa?”
“Aku nak jumpa Hansel”.
Pandangan Arsen berubah kecewa.
“Boleh, Arsen?”
“Mestilah boleh. Kau pergi aje jumpa Hansel. Ikut pintu dapur supaya Nuha tak tahu. Aku akan cover untuk kau. Balik cepat sikit”. Balas Arsen dengan lembut bersama - sama senyuman manis.
Aku tersenyum.
“Terima kasih, Arsen! Aku memang boleh harapkan kau”. Kataku lantas aku melangkah keluar dari rumah.
Buat Nuha rapat dengan Arsen? Check!
Aku nak marah orang!
Loceng rumah ditekan.
Akhirnya, Hansel membuka pintu rumah lalu dia membuka langkah mendekatiku bersama - sama wajah kosong.
“Apa yang kau nak?” Soalnya mendatar.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...