HARI yang berbeza membuat untuk aku rasa sangat bahagia.
Aku memandang Noel yang masih lena disebelahku.
Kenapa Noel tak mahu membuka baju semalam?
Aku menekup lembut pipinya lalu aku mencium batang hidungnya itu dengan penuh kasih sayang.
Aku menyentuh bajunya.
Tapi, tiba - tiba saja Noel menggenggam erat tanganku membuatkanku menatap seraut wajahnya itu.
“Selamat pagi, abang”. Sapaku dengan lembut.
“Selamat pagi”. Balasnya.
“Kenapa abang tak buka baju semalam?” Soalku ingin tahu.
“Takkan itu pun jadi isu? Kita memang dah bersama semalam walaupun abang tak buka baju kan?” Bidasnya seraya bangun dari pembaringan.
“Ya, Jelita tahu. Tapi…”
“Jangan sibuk pasal baju. Tak ada apa - apa masalah pun. Dahlah, pergi bersiap untuk mandi. Abang akan mandi di bilik bawah. Lepas tu, kita solat sama - sama”. Ujarnya sebelum turun dari katil.
Aku hanya memerhatikan Noel.
Kenapa dia marah sangat?
Aku bertanya pasal baju je.
Takkanlah dia sensetif sangat berkaitan dengan baju? Tak pun, baju tu bekas kekasih dia bagi?
Dia sayang nak buang?!
Aku tak mahu fikir lagi.
Jika memikirkan Noel mempunyai bekas kekasih tentu saja aku akan berasa sakit hati sekalipun perkataan ‘bekas’ kekasih itu.
Aku lekas saja mandi dan bersedia untuk menunaikan solat bersama - sama Noel.
Tak sangka.
Noel melayan aku romantis juga semalam…
Arghhhh…
Aku tak tahu kenapa aku tersenyum tapi aku suka layanan Noel semalam.
Kami berdua menunaikan solat subuh bersama - sama.
Aku hanya menatap wajah Noel yang sedang membaca doa lalu aku mengenjak sedikit mendekatinya.
Mata dikerdip padanya.
Noel menepuk pehanya mengundang sengihan lebarku.
Aku terus saja merehatkan kepalaku di atas ribaannya lalu Noel menyentuh kepalaku yang masih berlapik dengan kain telekung itu dengan lembut.
Aku tersenyum suka.
Semua doanya aku mengamiinkan dengan hati yang gembira.
Seusai membaca doa…
Noel mencium pipiku.
Aku suka!
“Cantiknya Jelita dengan tudung telekung. Jelita nampak manis bila menutup aurat macam ni”. Katanya.
Aku menyentuh telekungku.
“Ca-cantik ke?” Soalku semula.
Noel mengangguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
أنت تقرأ
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
العاطفية"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...