Jelita 29♡

833 136 21
                                    

KINI setahun telah pun berlalu.

Aku juga tak tahu hendak sambung belajar ke mana. Tetapi, aku ada juga meminta kemasukan dari universiti supaya aku dapat mencapai cita - citaku untuk menjadi seorang yang berjaya.

Cumanya...

Noel yang suka mengawasiku membuatkan orang sukar untuk menilai kemahiran aku dengan baik.

Sudah semestinya aku masih lagi sama seperti dulu.

Nuha juga akhirnya berjaya berhenti mencintai Arsen setelah mengetahui perkara yang sebenar. Arsen tak gemar untuk dikunjungi sesiapa melainkan Maria saja memandangkan Arsen hanya mempunyai perasaan pada Maria.

Emuel akhirnya dapat memperkenalkan Kak Ayra secara rasmi selepas konflik antara Uncle Afwan dan Uncle Affan diselesaikan. Aku memang nampaklah usaha gigih Emuel yang mahu membuat isterinya itu hidup dalam keadaan selesa.

Untungnya.

"Jelita!". Aku memandang ke arah Noel yang datang mendekatiku bersama - sama senyuman manis.

"Ya, Noel?"

"Perlahwinan kita..."

"Jelita belum bersedia lagi". Pintasku sebelum Noel sempat menghabiskan soalannya itu.

Aku tahu soalan apa yang ingin dituju kerana soalan itu saja yang sering ditanyanya.

Noel memang takkan nampak perempuan selain aku ke?

Selama setahun ini dia hanya berkepit dengan aku saja.

"Sampai bila Noel kena tunggu Jelita bersedia? Setahun tak cukup lama untuk Jelita ke?" Soalnya dengan polos.

"Noel tak boleh mendesak Jelita. Lagipun, Jelita masih muda".

"Tapi, Jelita dah janji nak menjadi isteri Noel. Jelita hanya bagi alasan Jelita tak bersedia sebab Jelita tak nak berkahwin dengan Noel. Betulkan?" Soalnya padaku.

Aku mengetap bibir.

"Apa yang Jelita takutkan sangat? Noel takkan sentuh Jelita selagi Jelita tak mahu. Noel takkan mengongkong Jelita. Noel akan berikan Jelita kebebasan seperti apa yang Jelita dapat cumanya Noel nak Jelita menjaga batas dengan lelaki".

"Jelita tak boleh percaya janji Noel. Jelita takut Noel menipu".

"Bila masa pula Noel menipu? Semua janji yang Noel taburkan pada Jelita semuanya Noel dah tunaikan. Noel tak ada pun menanam tebu dipinggir bibir". Nafinya dengan tegas.

Tapi, aku tak selesa.

Hidup sebagai anak dara dan hidup sebagai isteri orang sangat jauh berbeza.

"Jelita tunggu Hansel pulang?"

Aku terdiam.

Muka Noel nampak sangat - sangat kecewa.

"Noel tak tahu nak nasihat apa lagi pada Jelita tapi apa yang Noel tahu berhenti saja berharap pada Hansel. Noel sentiasa ada untuk Jelita tak kira waktunya". Kata Noel dengan lembut.

Aku melangkah meninggalkannya.

Aku mengaku yang aku masih belum melupakan Hansel.

Setiap hari aku tak pernah lupa untuk merinduinya.

Aku tahu Noel terluka dengan sikapku tapi apakan daya jika aku tak mampu hendak melupakan Hansel.

Walaupun Noel sangat menyayangi aku. Tapi, hati...

"Noel rasa Hansel masih ada atau tak? Setiap kali Jelita minta atuk tunjukkan kubur Hansel pun atuk asyik mengelak saja. Jaranglah atuk nak mengelak". Kataku pada Noel.

"Noel tak tahulah..." Muka Noel nampak merajuk saja.

Aku tak faham kenapa Noel nak sangag berkahwin dengan aku.

"Noel marah Jelita ke?" Soalku perlahan sambil menatap seraut wajahnya itu.

"Mana ada marah. Noel nak balik dululah". Pamit Noel lantas dia bangun dari tempat duduknya.

Aku hanya memerhatikan Noel yang tak berpaling lagi memandangku.

Noel memang marah aku.

♡♡♡♡♡♡


RASA serba salah pula tentang apa yang aku cakapkan pada Noel. Tapi, aku tak nak menipunya tentang perasaanku sebab aku memang tak ada hati pada dia.

Pintu bilikku tiba - tiba saja diketuk.

Aku bangun dari pembaringan lalu langkah dibuka menuju ke arah pintu.

Dedaun pintu dibuka.

"Eh, mummy?"

"Apa yang Jelita dah cakap pada Noel?" Terkejut aku apabila soalan itu yang diaju mummy sebaik saja aku membuka pintu.

"Kenapa?"

"Mummy tanya saja apa yang Jelita dah cakap pada Noel. Bagitahu mummy". Arah mummy dengan tegas.

"Jelita berbual tentang Hansel..."

"Boleh Jelita berhenti berfikir tentang Hansel? Mummy tak suka Jelita terus sakitkan hati Noel. Sampai bila Jelita nak sakitkan hati lelaki yang ikhlas dengan Jelita? Lepas Noel mengalah baru Jelita nak terhegeh - hegeh atau macam mana? Jelita memang tak pernah belajar dari pengalaman". Tegur mummy dengan tegas.

Aku mengetap bibir.

"Noel tak nak langsung makan atau keluar dari bilik dia tahu tak? Noel memang akan jadi macam tu kalau ada sesuatun yany buat dia marah. Dia dah buat macam - macam untuk Jelita. Takkan Jelita tak nampak lagi?" Soal mummy.

Aku tahu aku kejam.

Hati aku ni macam mana?

"Sayang dah pujuk Jelita ke?" Tegur daddy dengan lembut.

"Abang. Saya dah cuba ni tapi Jelita ni..." Mummy memberikan daddy ruang untuk bertemu denganku.

"Jelita".

Aku memandang daddy.

"Daddy nak Jelita nikah dengan Noel". Rahangku terus saja longgar apabila aku mendengar daddy kata begitu.

"Daddy dah berbincang tentang hal ni dengan atuk dan atuk pun setuju ini ialah cara yang terbaik untuk Jelita memperbaiki hubungan dengan Noel. Tambahan lagi, Noel sangat serius dengan Jelita".

"Ta-tapi..."

"Daddy tak nak dengar sebarang bantahan. Daddy nak Jelita jawab. Ya atau ya?"

Y-ya atau ya?

I-ini bukan soalan.

Ini paksaan!

Aku mengetap bibir.

"Ya atau ya, Ivy Jelita?" Soal daddy lagi.

"Ya..." Balasku perlahan.

"Baguslah". Puji daddy seraya mengusap lembut rambutku membuatkan aku tiada sebarang bantahan lagi.

"Mummy merayu pada Jelita supaya menjaga hati Noel. Noel pun ikhlas juga pada Jelita. Noel aje yang selalu ambil berat tentang Jelita". Pujuk mummy lagi.

Aku mengangguk saja.

"Noel akan keluar dari bilik dia ke lepas kita beritahu persetujuan Jelita?" Soal mummy penuh berharap pada daddy.

"InsyaAllah Noel akan keluar. Noel cintakan Jelita". Ujar daddy penuh yakin.

Aku tak faham dengan situasi sekarang.

Apa yang aku pasti sememangnya aku bakal menjadi isteri Noel tak lama lagi.

Malangnya, tiada perasaan debaran yang terasa memandangkan hati aku ini bukanlah untuk dia.

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now