Jelita 24♡

819 139 46
                                    

KERAGUAN  aku  pada  Arsen  masih  lagi  menjadi  tanda  tanya  kerana  Arsen  tak  menunjukkan  sebarang  tindakkan  aneh  padaku  langsung.  Hari  ini,  aku  datang  ke  sekolah  seperti  biasa  memandangkan  Joshua  diuruskan  mummy  dan  daddy.

Aku  tertanya  -  tanya  siapa  lelaki  yang  menolakku  jatuh  dari  tangga  hanya  kerana  Hansel?

Aku  tak  jumpa  langsung  lelaki  yang  tolak  aku  itu  semenjak  hari  lelaki  itu  menolak  ke  arah  jalan  raya.  Aku  rasa  sangat  -  sangat  aneh  dan  juga  musykil  dengan  keadaan  itu.

“Jelita!”  Tak  sangka  Hansel  menarik  kasar  lenganku  lalu  tubuhku  dibawa  rapat  padanya.

Aku  terkebil  -  kebil  tatkala  motorsikal  meluncur  laju  betul  -  betul  bersebelahanku.

“Hansel…”

“Kau  boleh  berhenti  menyusahkan  orang?  Cuba  kau  alert  dengan  situasi  sekeliling  kau?  Berjalan  sambil  termenung  langsung  tak  selamatlah!  Sekarang  waktu  pagi  jadi  orang  masih  lalu  lalang   umtuk  datang  ke  sekolah!”  Marahnya.

Aku  diam.

“Dah  cepatlah  masuk  kelas.  Bahaya  kau  berdiri  di  luar  lama  -  lama”.  Tanganku  ditarik  dengan  kasar  oleh  Hansel.

Aku  hanya  mengikuti  langkahnya  tanpa  sebarang  bantahan.

Kami  tiba  juga  di  dalam  kelas  akhirnya  lalu  Hansel  menghantarku  ke  tempat  dudukku  sebelum  dia  berlalu  ke  tempat  duduknya.

Aneh.

Hari  ini  Hansel  bereaksi  sama  seperti  biasa.

Aku  menompang  dagu  melihat  seraut  wajahnya  itu.

Aku  tak  tahu  tentang  perubahan  mood  Hansel  tapi  aku  teringin  sangat  nak  tahu  kenapa  Hansel  tiba  -  tiba  jadi  tegas  atau  berlembut  denganku? 

Aku  bangun  dari  tempat  dudukku  lalu  aku  membuka  langkah  mendekatinya.

“Hansel”.  Seruku  dengan  lembut.

Hansel  memandangku.

“Aku  ada  buat  sesuatu  yang  kau  tak  suka  ke?”  Soalku  ingin  tahu.

“Tak  ada”.

“Kau  suka  aku  ke?”  Soalku  lagi.

Hansel  memalingkan  wajahnya  memandang  ke  arah  lain  lalu  telinganya  terus  saja  bertukar  merah.

Ya,  aku  tahu  dia  suka  aku.

“Kau  bencikan  aku?”

“Tak!”  Aku  terkejut  dengan  jawapan  pantasnya.

Hansel  memandangku.

“Ma-maksud  aku.  Aku  tak  benci  kau  pun.  Dahlah.  Kau  jangan  tanya  soalan  merepek  macam  ni.  Pergilah  duduk”.  Halau  Hansel  lalu  dia  menoleh  memandang  ke  arah  luar.

Aku  berlalu  ke  tempat  dudukku.

Hansel  tak  bencikan  aku.

Jadi,  aku  kena  bertanya  pada  Maria  dan  Arsen  pula.

Jika  cara  mereka  menjawab  itu  pasti  saja  aku  akan  dapat  kesan  dengan  mudah  sama  ada  mereka  menyembunyikan  sesuatu  atau  tidak.

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now