AKU tak percaya yang Noel sembunyikan badan dia dari aku.
Aku tak faham kenapa dia sensetif sangat berkaitan baju sedangkan aku ini isterinya juga. Lagipun, apa aje yang dia hendak malukan sedangkan dia sentiasa sempurna di mata aku.
Takkanlah badan dia bersisik ular pula?
Mustahil…
Hm.
Aku kena fikirkan rancangan untuk membuat Noel membuka bajunya di depan aku.
Aku tahu.
Aku akan ajak dia membasuh kereta dengan aku.
Aku terus saja bangun dari terus duduk di atas sofa lantas aku membuka langkah menuju ke arah halaman di belakanb rumah.
Noel sedang menyidai kain.
Aku bukan isteri yang pemalas tapi Noel yang tak mengizinkan aku menyidai kain di luar rumah. Noel takut ada orang yang akan memandang aku semasa aku berada di luar rumah.
Pandang bukannya luak pun kan?
Aku tak tahu apa yang Noel cemburukan sangat.
“Abang”. Tegurku.
“Jangan keluar”. Tak sempat pun kaki kanan aku hendak menjejak ke luar terus saja Noel menegur begitu.
Aku memuncungkan bibir.
“Jelita bukannya puteri atau perempuan yang ada kuasa ajaib sampai abang nak menjaga Jelita macam ini”. Tegurku.
“Ya, Jelita memang bukan puteri atau perempuan yang mempunyai kuasa. Tapi, Jelita ialah Jelita. Abang dapat tahu yang ada seorang lagi lelaki yang cuba membunuh Jelita kan? Tapi, polis masih belum memberkas dia lagi. Jelita ingat lelaki yang mengelar pergelangan tangan Jelita?”
Ya, peristiwa itu masih segar di dalam fikiranku.
Sangat menakutkan!
“Jadi, itu sebabnya abang nak Jelita sentiasa berhati - hati. Abang menjaga Jelita supaya tak keluar rumah sebab abang tak nak pembunuh tu ada peluang untuk mengapa - apakan Jelita”.
“Je-Jelita rasa lelaki tu salah faham. Dia marah Jelita sebab dia ingat Hansel dah mati. Jika abang beritahu yang Hansel masih hidup mesti dia akan jadi baik”. Tukasku.
Noel menggeleng.
“Selepas kes dia mengelar tangan Jelita tu memang dia dah tahu Hansel masih hidup. Sepatutnya, dia akan berhenti untuk membunuh Jelita. Tapi, dia tak nak berhenti sebab dia dah kenal siapa abang dan dia bencikan abang”.
“Ap-apa kaitannya dengan Jelita?” Soalku perlahan.
“Dia nak bunuh Jelita sebab abang cintakan Jelita”. Tutur Noel.
Aku mengetap bibir.
“Ke-kenapa dia bencikan abang?”
“Tentang Merqeen”.
“Merqeen?” Aku menyoal semula tetapi Noel kembali menyidai pakaian.
“Ab-abang…” Seruku.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...