SEUSAI makan bersama - sama terus saja aku menunaikan permintaan Nathan dan Xavieq untuk datang ke rumah Aunty Angel dan Uncle Afwan.
Selepas menghantar mereka sudah semestinya aku mahu balik secepat yang mungkin tapi-
Pintu keretaku dibuka lalu aku disauk keluar dan dicempung.
Aku benci betul orang buat aku macam ni!
“Lepaslah!” Aku membentak.
Emuel meletakkan tubuhku di atas keretaku lalu dia mengepung tubuhku bersama - sama sengihan senget.
“My Jelita…”
Inilah sebabnya kenapa aku tak nak datang ke sini.
Emuel ni suka main redah je sebab dia suka aku. Emuel tak kisah pun aku marah dia atau apa janji dia boleh menggoda aku.
Pendek kata si Emuel Rayzan ini gila!
“Hari - hari kau cantik. Hari apa je yang kau tak cantik?” Soal Emuel sambil sepasang matanya itu memerhatikanku.
“Tak ada hari yang aku tak cantik. Kau tak payah nak mencemarkan pandangan aku dengan muka kau. Aku rasa nak muntah je tengok muka acah handsome kau ni!” Omelku lantas menolak dia menjauh dariku.
Emuel merapatkan wajah kami.
Aku rasa nafasku hampir terputus-
“I loves you, my love”. Bisiknya menggoda.
Emuel tunduk mencium leherku membuatkan aku menolak tubuhnya kerana tak selesa.
Pak!
“Sakit!” Emuel yang baru hendak menggigit leherku terus saja terhenti apabila belakang kepalanya dipukul dengan kasar.
Aku tak pukul kepala dia.
“Bertuah punya anak. Kamu nak Jelita tu minta aje mummy masuk meminang. Tak payahlah nak tambat dia macam itu! Kesian Jelita!” Marah Aunty Angel apabila dia melihat Emuel mengepungku.
“Emuel cium leher je…”
“Cium leher pun cium juga! Tak boleh cium anak dara orang macam itu. Kamu kena terajang dengan ayah si Jelita kalau dia tahu kamu buat macam ini pada Jelita!” Bebel Aunty Angel.
“Mummy ni janganlah membebel…”
“Macam mana mummy tak membebel?! Kamu yang membuatkan mummy rasa nak membebel”.
“Sorry, mummy”. Emuel tak lagi mengepung tubuhku.
Dia merapati Aunty Angel lalu tubuh Aunty Angel dipeluknya manja. Aku rasa Emuel ni anak mummy.
“Mummy maafkan. Jom masuk rumah. Jelita, jemput masuk ke rumah. Jangan nak bagi alasan nak balik. Aunty dah beritahu mummy Jelita yang Jelita datang ke sini untuk berbual dengan aunty”. Pesan Aunty Angel lantas melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Aku menghela nafas.
“Jom, sayang”.
“Tak nak”.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...