MUJURLAH kecederaan Joshua tidaklah parah dan senang untuk dirawat. Namun, aku rasa serba salah kerana Joshua cedera disebabkan dia keluar bersama - sama aku.
“Jelita…”
Aku memandang Noel yang datang ke arahku. Tak sangka tiba - tiba saja tubuhku dipeluknya dengan erat membuatkan aku terkedu. Noel meleraikan pelukan lalu kedua - dua pipiku ditekupnya.
Mata kami berdua bertemu.
“Noel rasa macam nak hilang nyawa je bila tahu Joshua kena serang di mall. Jelita okey tak?” Soalnya gusar.
“Jelita okey. Tapi, Joshua…”
“Joshua kata target asal orang tu ialah Jelita. Dia nampak orang tu selisih dengan Jelita jadi dia tak ada pilihan lain selain daripada menolak Jelita jauh dari situ”.
Aku mengetap bibir.
Kenapa Joshua tak biarkan saja aku ditikam?
“Jika lelaki itu berjaya menikam Jelita belum tentu lukanya sedikit macam Joshua. Entah - entah jauh lebih parah dari apa yang Jelita fikirkan”.
“Mula - mula Joshua yang cedera. Nanti siapa pula?” Soalku perlahan.
Air mata mula mengalir.
“Jelita…”
“Ke-kenapa? Apa yang Jelita dah buat sampai dia orang tak puas hati pada Jelita? Je-Jelita jahat sangat ke sampai ada yang cuba nak bunuh Jelita? T-tapi, kenapa perlu libatkan ahli keluarga Jelita sekali?” Soalku bersama - sama esakkan.
“Noel janji Noel akan menjaga Jelita”.
“Jelita dah tak tahu nak percayakan sesiapa lagi. Je-Jelita dah keliru…”
Aku sendiri sudah buntu hendak berada dipihak yang mana memandangkan semua pihak nampak sama saja padaku. Aku tak tahu jika ada yang bermuka - muka membuatkan aku bertambah takut.
“Noel cintakan Jelita. Jadi, mustahil untuk Noel nak membunuh Jelita. Jelita, tolong percayakan Noel untuk melindungi Jelita?”
Aku mengetap bibir.
“Please…”
Akhirnya, aku mengangguk juga.
Aku nampak Noel sangat - sangat bersemangat untuk cuba menyelesaikan misteri ini.
Dia punya jawapan ke tentang siapa yang cuba membunuhku itu?
Aku memerhatikan tanganku.
Menggeletar dan sejuk.
Salah aku ke dilahirkan sebegini?
Jika cantik begini menyusahkan orang dan diri sendiri aku lebih rela jadi seperti gadis biasa saja. Tapi, apakan daya? Bukanlah kuasa aku intuk mengubah sebarang takdir.
♡♡♡♡♡♡
AKU dan adik - adikku menunggu di rumah atuk dan nenek sementara mummy dan daddy menguruskan Joshua.Meskipun rasa sedikit terkilan dengan diri sendiri tetapi pelukan hangat adik - adikku sangat menenangkan aku.
“Kakak tak salah tau”. Pujuk Nuha.
ESTÁS LEYENDO
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...