Jelita 16♡

811 139 16
                                    

HANSEL sedar diri nampaknya.

Hansel tak lagi datang ke rumah aku selepas hal semalam. Aku rasa mungkin kerana dia malu belangnya telah pun keluar. Nampak sangat bahawa dia tak ikhlas langsung hendak mendekatiku.

Aku yang bodoh sebab cepat sangat jatuh hati pada dia.

Pintu bilikku dikuak.

Nuha melangkah masuk ke dalam bilik lalu dia melabuhkan punggung dibirai katil sebaik saja dia tiba disebelahku.

Nuha mengukirkan senyuman hambar.

"Kenapa Nuha datang ke bilik kakak?" Soalku dengan nada yang cukup lembut sekali.

"Abang Arsen minta putus dengan Nuha sebab dia cintakan kakak..." Adu Nuha perlahan.

Aku terkedu.

Air mata Nuha gugur.

Aku mulai disapa perasaan serba salah apabila melihat Nuha sudah menangis di depanku. Aku telah gagal sebagai seorang kakak kerana bagiku aku pula yang merampas lelaki yang sangat dicintai adikku.

"Nuha. Kakak minta maaf. Kakak tak ada niat pun..."

"Tak apa..." Nuha membalas genggaman tanganku sambil dia menyeka air matanya yang bersisa di wajahnya.

Aku memandang Nuha.

"Nuha yang teruk. Nuha tahu kakak tak salah pun sekali pun Abang Arsen sukakan kakak. Kakak tak pernah suruh pun Abang Arsen kejar kakak tapi Abang Arsen yang buat pilihan untuk kejar kakak. Tapi, Nuha yang kejam sebab membenci kakak sedangkan Nuha tahu. Nuha cemburu..."

"Kakak minta maaf. Nanti kakak suruh Arsen tinggalkan kakak". Tekadku.

Nuha menggeleng.

"Abang Arsen dah pesan pada Nuha yang dia tak nak Nuha suruh kakak buat perkara yang dia tak mahu buat. Abang Arsen memang sangat cintakan kakak. Nuha tak boleh ubah hakikat tu". Kata Nuha dengan lembut.

Aku tertunduk.

"Apa pun. Nuha dengar Abang Hansel marah kakak semalam. Dia tak datang ke sini sebab hal semalam ke?" Soal Nuha ingin tahu.

"Kakak pun tak tahulah, Nuha. Dia dah buat kakak jatuh hati pada dia. Tiba - tiba aje dia bawa pula perempuan lain datang sekali dengan dia. Kemudian, dia marah kakak sebab kakak sakiti perempuan tu. Dia kena fahamlah kakak ni anti dengan perempuan mulut puaka". Kataku.

"Jadi, kakak nak buat apa?"

"Kakak block nombor Hansel. Kakak rasa kakak nak terus saja maju ke depan dan lupakan Hansel. Setakat lelaki macam dia tu kakak tak hairanlah. Sekali kakak panggil beratus yang berbaris untuk kakak. Hello, ini Jelita okey". Kataku dengan nada bersahaja.

Nuha ketawa.

"Tak sangka Abang Hansel memang ada perangai pak long kan?" Tutur Nuha perlahan.

"Itu sebabnya mummy melarang sangat..."

"Kami yang tak faham mummy. Maafkan Nuha, kakak. Nuha hanya ikut arahan daddy untuk berpesan pada kakak tentang Abang Hansel". Kata Nuha dengan nada serba salah.

Aku mengusap lembut rambut Nuha.

"Tak apa, Nuha. Kakak faham yang Nuha juga nak terbaik untuk kakak. Tapi, kakak tak rasa mummy akan izinkan Hansel untuk dekat dengan kakak lagi. Tak apa memandangkan kakak pun tak sukakan Hansel".

"Ah, ya. Petang ni atuk dan nenek nak datang". Kata - kata Nuha membuatkan aku melopong.

Atuk dan nenek?!

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now