Jelita 12♡

820 151 17
                                    

AKU  berteleku  di  koridor  sementara  menunggu  waktu  pulang  tiba.  Cikgu  -  cikgu  ada  mesyuarat  penting  maka  semua  kelas  riuh  tanpa  cikgu.  Malahan,  pengawas  juga  tidak  menjalankan  tugas  dengan  betul.  Meskipun  begitu  ada  juga  sesetengah  pengawas yang  berusaha  mengawal  keadaan  namun  tak  berjaya.

“Seronoklah  kau  kan…”

Aku  memusingkan  tubuh  memandang  seorang  lelaki  yang  berdiri  di  sebelahku.  Sepasang  matanya  memandangku  dengan  wajah  penuh  sinis.

Siapa  lelaki  ni?

“Apa  maksud  kau  dengan  seronok?”  Soalku  keliru.

“Hansel  tunduk  dengar  cakap  kau  macam  orang  yang  bodoh  sedangkan  kau  tak  ada  perasaan  pun  pada  dia.  Boleh  kau  berhenti  mempermainkan  perasaan  dia?  Kau  menjengkelkan  aku,  perempuan”.  Ujar  lelaki  itu  tak  puas  hati.

Takkanlah  lelaki  ni…

Sukakan  si  Hansel  pula?

“Aku  kenal  kau  ke?  Kau  ni  siapa  nak  nilai  hak  aku?”  Soalku  tak  puas  hati.

“Kebiasaannya,  aku  tak  berminat  nak  ambil  tahu  tentang  hal  orang.  Tapi,  kau  ni  dah  terlalu  melampau  buatkan  aku  rimas  melihat  perangai  kau.  Hansel  tak  pernah  layak  dengan  perempuan  macam  kau,  Jelita.  Hansel  layak  untuk  perempuan  yang  berkali  ganda  jauh  lebih  baik  berbanding  kau”. 

“Kenapa  kau  cakap  macam  ni  pada  aku?  Pergilah  cakap  pada  Hansel”.  Sinisku.

“Aku  tahu  kalau  aku  cakap  pada  Hansel  pun  takkan  berguna  sebab  mata  dan  hati  dia  hanya  untuk  kau.  Tapi,  aku  nak  kau  tu  ubahlah  perangai  kau!  Kau  ni  berperangai  macam  budak  -  budak.  Kau  rasa  kau  cantik  sebab  semua  lelaki  tunduk  pada  kau.  Jadi,  kau  berlagak  sombong.  Kau  tak  nampak  macam  mana  ikhlasnya  di  Hansel  tu  pada  kau  walaupun  kau  ni  sangat  -  sangat  menyakitkan  hati”.

Aku  tak  faham  dengan  lelaki  ni.

Dia  minat  pada  Hansel  atau  apa?

“Aku  tak  kisah  apa  yang  kau  nak  cakap  sebab  aku  hanya  anggap  yang  Hansel  tu  hanya  sampah  saja”.  Sinisku.

Aku  membuka  langkah  pergi  meninggalkan  lelaki  itu  lalu  aku  menuruni  tangga.

“Aku  rasa  kau  ni  perlu  diberikan  pengajaran  supaya  kau  nampak  keikhlasan  Hansel  pada  kau”.  Sinis  lelaki  itu  dari  belakang.

Aku  menoleh  memandangnya.

“Ap-apa  yang  kau  cakap  ni?”  Soalku  keliru.

Bak!

Tubuhku  ditolak  membuatkan  aku  kehilangan  keseimbangan  badan  lalu  aku  tergolek  jatuh  dari  tangga  dan  aku  terhantuk  kuat  pada  dinding.  Aku  nampak  lelaki  itu  tersenyum  puas  hati  lalu  dia  membuka  langkah  meninggalkan  aku.

Tak  guna.

Siapa  lelaki  tu?

Apa  pun  tubuhku  terasa  sangat  -  sangat  sakit.

♡♡♡♡♡♡


“SUAMI  aku  suruh  kau  jaga  Jelita  sewaktu  Jelita  ada  di  sekolah!  Sekarang,  sehari  dia  dibawah  jagaan  kau  terus  dia  terlantar  atas  katil  sampai  macam  ni.  Kau  memang  pembawa  sial!”  Suara  jerkahan  mummy  membuatkan  aku  tersedar  dari  lena.

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora