NUHA nampak sangat gembira ketika dia bersama - sama Arsen. Nampaknya, aku sudah berjaya merapatkan hubungan mereka berdua. Tapi, bagaimana caranya untuk aku buat Arsen jatuh hati pada Nuha?
Hm…
“Jelita”, Aku menoleh memandang Arsen yang melangkah mendekati aku.
“Arsen! Perbualan kau orang dah sampai ke mana? Kau mesti nampak jelas kan kecantikan Nuha. Betul tak? Nuha tu baik. Nuha cantik. Nuha jujur…”
“Dengar sini, Jelita”. Aku memandang wajah Arsen yang nampak tegas.
“Aku tak cintakan Nuha. Aku tak suka apa yang kau buat sebab kau buat aku macam bagi harapan palsu pada Nuha sedangkan hati aku bukan untuk dia. Hati aku untuk kau, Jelita”.
“Tapi, Arsen. Kau boleh cuba…”
“Kau rasa mudah ke aku nak bagi hati aku pada Nuha? Aku cintakan kau dari dulu sekali pun kau anggap aku makhluk asing atau apa. Aku tahu kau baik dan kau selalu ambil berat terhadap orang lain. Tapi memaksa aku untuk cintakan seseorang yang aku tak cinta itu sangat kejam, Jelita. Kau dah kejam pada aku dan Nuha…” Tegur Arsen.
Aku hilang kata.
Tak sangka Arsen mahu menangis.
“Arsen…”
“Aku cintakan kau, Jelita. Sekali pun aku tak dapat jawapan cinta tu tapi sekurang - kurangnya tolonglah izinkan aku mencintai kau. Jangan paksa aku untuk mencintai perempuan lain. Tolonglah, Jelita…”
“Aku minta maaf sebab paksa kau buat apa yang kau tak suka”. Ujarku dengan nada serba salah.
Arsen memeluk tubuhku.
“Aku cintakan kau, Jelita. Ak-aku cintakan kau dalam apa jua keadaan kau. Aku bukan jatuh hati sebab kau cantik. Aku jatuh hati lepas aku tahu cerita sebenar tentang kau dari papa. Kau mengagumkan, Jelita. Kau suka membantu adik - adik kau. Semangat kau kuat. Aku cintakan kau, Jelita…” Tukas Arsen bersama - sama tangisan.
Aku hilang bicara.
“Aku minta maaf. Aku tak tahu perasaan kau macam ni. Aku janji lepas ni aku takkan paksa kau lagi”. Bisikku seraya membalas pelukannya.
Arsen teresak kecil.
Mummy kata Arsen memang ikhlas sukakan aku dari dulu. Mummy sangat sukakan Arsen sebagai menantunya. Tapi, daddy kata dia lebih sukakan Hansel kerana Hansel nampak lebih matang dan sesuai dengan aku. Sudah pastinya mummy membantah kerana dia bencikan mata hijau yang Hansel miliki.
Prang!
Pelukan kami terlerai apabila aku mendengar bunyi deraian kaca yang menghempas lantai berdekatan dengan kami. Aku melemparkan pandangan ke arah Nuha yang menayangkan wajah kecewa padaku.
Habislah!
“Nu-Nuha…” Aku lekas saja mendekatinya.
Tapi Nuha tak memberikan sebarang bicara melainkan dia berlari meninggalkan aku dan Arsen.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...