GEMBIRANYA hati aku sebab doktor kata yang kaki aku ini bakal sembuh tak lama lagi. Jadi, selepas ini aku bakal keluar shopping ke mana aje yang aku suka dan aku boleh buat apa - apa aje yang aku suka!
“Lebarnya senyuman”. Tegur daddy.
Aku tersenyum pada daddy.
Siapa aje yang tak gembira setelah mengetahui kesakitan yang ditanggung bakal pulih?
“Lepas kaki Jelita ni pulih boleh Jelita keluar pergi shopping?” Soalku pada daddy dengan penuh berharap.
“Bukan setakat pergi shopping. Jelita nak pergi travel pun daddy boleh bawa tau. Cumanya, Jelita janganlah nak buat aktiviti lasak sangat. Nanti elok kaki dah nak pulih tiba - tiba tak boleh pulih dah”.
Seramnya.
“Jelita janji Jelita akan menjaga kaki Jelita dengan baik!”
“Good girl”. Puji daddy sambil mengusap lembut rambutku.
“Saya pergi beli barang di kedai sebelah ni sekejap. Abang tunggu Jelita tau”. Pesan mummy.
“Abang nak temankan sayang”.
“Jelita tu sakit. Abang kena temankan Jelita”. Tegur mummy lagi.
Aku melihat wajah risau daddy.
Ya, sejujurnya mummy ada masalah melibatkan lelaki. Disebabkan apa yang pak long dan ayah kandung aku telah lakukan pada mummy membuatkan mummy jadi takut dengan keadaan luar. Mummy hanya berlakon saja seolah - olah dia mampu membawa diri sedangkan dia tak mampu.
“Jelita patah sebelah kaki je. Janganlah risaukan Jelita sebab Jelita boleh jaga diri. Daddy temankan mummy. Jelita akan tunggu mummy dan daddy di sini”. Kataku dengan tenang.
“Tak apa ke?” Soal mummy risau.
Aku tersenyum.
“Tak apa. Mummy percayakan Jelita okey?” Pujukku.
“Daddy nak Jelita menjerit sekuat hati kalau ada orang kacau Jelita. Daddy akan pukul sesiapa je yang berani apa - apakan anak daddy. Jom, sayang”. Gamit daddy seraya menarik lembut tangan mummy.
Mummy mengikuti langkah daddy sambil dia memandang risau padaku.
Mummy ni tak percaya aku boleh jaga diri nampaknya. Takkanlah aku yang sudah besar panjang ini masih dilihatnya sebagai kanak - kanak?
“Jelita”.
Aku mengangkat wajah memandang lelaki yang berdiri dihadapanku. Serta - merta darahku berderau apabila melihat lelaki yang berdiri di depanku ini merupakan lelaki yang telah menolak aku jatuh dari tangga sewaktu aku di sekolah.
“Ka-kau…”
“Kau masih tak belajar lagi?” Soal lelaki itu.
“Ak-aku tak tahu nak belajar apa yang kau nak”. Balasku perlahan.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...