PELIKNYA rasa bila tunang sendiri mengajar sebagai cikgu.
Hari ni sudah jadi hari yang pelik untuk aku. Hansel yang tiba - tiba merayu untuk kembali pada aku dan Arsen yang nampak merenung aku dengan menyeramkan buat aku rasa tertanya - tanya.
“Jelita!”
Aku memandang ke arah Noel yang sedang menggamitku ke arahnya.
Aku tak ada pilihan selain membuka langkah mendekatinya lalu Noel membuka pintu kereta untukku sebelum tubuhku diloloskan ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup rapat lalu Noel juga masuk ke dalam kereta.
Aku hanya memerhatikan Noel yang mula memandu kereta keluar dari perkarangan sekolah.
“Kenapa Jelita rapat sangat dengan Hansel?”
“Rapat? Mana ada kami berdua rapat pun. Jelita kawan sekelas dia je. Noel tak bagitahu pun yang Noel datang mengajar sebagai cikgu matematik di sini”. Tukasku sebelum Noel meleret ke arah topik Hansel.
“Kenapa? Jelita nak lari kalau Jelita tahu?”
“Jelita nak lari ke mana? Jelita kan tunang Noel”. Tegurku.
Noel tersenyum nipis.
“Jelita…”
“Hmmm?”
“Jangan percayakan semua yang cuba mendekati Jelita. Jelita terleka sikit pun Jelita akan cedera lagi”. Pesanan Noel membuatkan aku rasa meremang.
“Apa maksud Noel?”
“Tak ada apa. Noel hanya berpesan supaya Jelita berhati - hati. Ada orang tak suka Jelita jadi mereka sedang merancang cara untuk membunuh Jelita. Itu sebabnya Noel datang ke sini. Uncle Xav minta Noel jagakan Jelita”.
Ada orang nak bunuh aku?
Apa salah aku?
“Si-siapa yang nak bunuh Jelita?” Soalku perlahan.
“Noel tak dapat pastikan lagi, Jelita. Berapa atau siapa pun Jelita tak boleh percayakan sesiapa melainkan ahli keluarga Jelita. Apa yang paling penting jangan pergi ke mana - mana sendirian. Jika berteman pun pastikan dengan orang yang dipercayai”.
“Cara Noel berpesan buat Jelita lagi takut!”
Noel ketawa kecil.
“Okey. Jelita percayakan Noel”. Tangan kananku dicapai Noel lalu digenggam dengan lembut.
Aku memandang Noel.
“Noel akan jaga Jelita macam nyawa Noel sendiri. Lagipun, Noel sentiasa akan mengawasi Jelita jadi Jelita jangan risau okey?” Pesan Noel dengan lembut.
Aku mengetap bibir.
Hansel…
Arsen…
Noel…
Aku tak tahu siapa yang hendak dipercayai lagi memandangkan ketiga - tiganya sangat mencurigakan. Tapi, aku rasa mustahil Noel mahu menyakiti aku memandangkan mummy kata bahawa Noel punya obses padaku.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...