Jelita 9♡

1K 161 34
                                    

HARI ini aku datang ke sekolah lebih lambat berbanding selalu kerana aku mahu mengelak dari Hansel. Sejujurnya, aku tak suka sikapnya yang memang kelihatan menjengkelkan.

"Jelita..."

Aku teruskan langkah tanpa berhenti tetapi aku tahu dia tetap mengikuti langkahku dari belakang. Orang yang ada disekitar kaki lima berbisik apabila melihat perangai Hansel itu.

"Jelita..." Serunya lagi dengan nada suara yang lembut.

Aku mengetap bibir lalu aku memusingkan tubuh memandang ke arah Hansel yang sedang berdiri di depanku bersama - sama senyuman manis.

"Aku buat sarapan untuk kau..." Katanya.

"Aku tak nak".

"T-tapi, aku belajar buat..."

"Aku tak naklah!" Aku menepis kasar bekalnya itu membuatkan makanan itu berterabur di atas lantai.

"Kenapa Jelita jadi macam tu?"

"Kejamnya Jelita..."

"Jelita memang tak pandai hargai orang".

"Susah agaknya jadi perempuan cantik".

Aku rasa rimas bila dengar orang kata begitu.

Aku lekas saja masuk ke dalam kelas tanpa menghiraukan Hansel yang sedang sibuk mengutip bekas makanan itu. Bukan salah aku sebab menepis bekal makanan dia tu.

Semua salah dia sebab dia beria memaksa aku sedangkan aku tak mahu.

Hansel dungu.

Aku duduk di tempatku lalu aku menompang dagu memandang ke luar tingkap. Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain softball di padang. Kelihatan menarik saja permainan mereka.

"Jelita..."

Suara ni lagi.

"Jelita..."

Aku menjeling tajam memandang Hansel yang meletakkan minuman dan sebungkus roti di atas mejaku.

"Aku tak naklah kau masak. Aku tak suka".

"Okey..."

"Kau berdiri apa lagi?" Soalku kasar.

Hansel menunduk sedikit lantas dia berlalu pergi meninggalkanku.

Aku menghela nafas.

Rimas betul aku dengan perangai Hansel yang macam orang bodoh tu. Dulu, jerk dan menyakitkan hati. Sekarang, memang macam taraf sampah saja.

Aku tak tahulah sampai bila aku perlu menghadap semua ini.

Rimas!

♡♡♡♡♡♡

SECARA jujurmya, aku tak suka langsung waktu harianku di sekolah kerana kehadiran Hansel yang sentiasa menyemakkan ruangan mataku.

Hari ini, aku datang ke rumah atuk untuk berenang.

Nampaknya, Arsen sedang berehat di tepi kolam.

"Arsen!" Sapaku seraya membuka langkah mendekatinya lalu aku melabuhkan punggung di sebelah Arsen.

"Kenapa hari ni kau datang ke rumah atuk?"

"Aku datang nak berenang sebab aku nak tenangkan fikiran yang dah berserabut disebabkan si Hansel tu. Seharian dia nak berkepit dengan aku macam orang bodoh buat aku rimas".

"Kau nak berenang ke? Aku boleh balik". Tukas Arsen.

"Tak apa. Aku dah tak nak berenang". Tolakku perlahan.

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now