BADAN Noel ada tatu.
Aku tak tahu pula perkara macam ini boleh terjadi memandangkan Afwan itu anak mum dan dad. Setahu aku, mum dan dad bukanlah orang yang ganas - ganas sama seperti di dalam tv itu.
“Kau tengok muka Jelita. Dia dah takut”. Rungutan Noel membawa aku ke alam nyata.
“Kau lah ni suruh aku buka baju. Aku nak merajuk”.
Tak sempat aku hendak berbicara dengan Noel terus saja Noel membawa diri masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutupnya dengan sangat rapat membuatkan aku memandang Emuel yang sedang menghela nafas lemah.
“Boleh kau beritahu aku kisah silam Noel?” Soalku.
“Sejak dulu lagi, Noel yang melindungi aku walaupun aku ni abang dia. Aku hanya berlakon kuat supaya aku tak menyusahkan Noel untuk melindungi aku. Aku bukannya kuat pun. Kau nak tahu? Aku ni sebenarnya kerap sangat kena buli jadi Noel akan belasah orang aje. Dia yang selalu masuk bilik disiplin sebab aku”. Muka Emuel nampak serba salah.
“Kau tahu kan Hansel ada abang angkat?” Soal Emuel padaku.
Aku hanya mengangguk.
“Merqeen ialah abang angkat Hansel. Merqeen pula sangat rapat dengan Noel memandangkan Noel dan Merqeen tu kawan baik. Merqeen juga selalu membantu aku kalau aku ada masalah. Tapi, suatu hari ada suatu kumpulan ni datang. Dia minta Noel melepak dengan dia. Noel tak nak. Jadi, bermula hari tu, mereka mula membuli aku sampai aku separuh mati…”
Aku tak tahu nak beri reaksi apa apabila aku mendengar cerita Emuel.
Apa yang aku tahu Noel yang dulu bukanlah Noel yang sekarang ini.
“Mereka tahu yang Noel pun sayang Merqeen macam adik dia sendiri jadi mereka ambil aku dan Merqeen sebagai ugutan. Noel terpaksa juga mengikuti mereka melepak, buat benda liar dan memukuk orang. Aku rasa masa tu juga Noel buat tatu. Waktu aku dan Merqeen terkurung kami berdua cuba cari jalan keluar. Sudah semestinya keluarga kami tahu tentang kehilangan kami dan melaporkan pada pihak polis. Merqeen membantu aku keluar sementara dia dia melindungi aku…”
Nafas Emuel menjadi berat.
Aku tak tahu kenapa Emuel tiba - tiba menangis.
“Merqeen kena bunuh dengan mereka. Pada hari tu, Noel mula hilang kawalan. Di-dia membunuh orang. Dia bunuh orang yang dah bunuh Merqeen. Dia cederakan orang yang dah mengurung aku. Noel tak kena masuk penjara disebabkan dia ada masalah mental. Jadi, daddy bawa dia jumpa pakar psikologi”.
“Dad tak marah pasal tatu tu?”
“Kau fikir daddy tak marah? Gila kalau daddy tak marah. Noel libas dengan tali pinggang sebab tatu tu. Berbirat badan Noel masa tu. Aku minta maaf tak henti pada Noel tapi dia selamba macam mana dia sekarang. Dia kata dia tak kisah apa - apa jadi pada dia tapi jangan ada apa - apa jadi pada aku. Mummy yang datang menmbersihkan luka Noel. Mummy juga pujuk daddy supaya memaafkan Noel memandangkan Noel buat demi aku. Daddy jika dia mengamuk sama saja macam Noel. Menakutkan”. Gumam Emuel.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...