Jelita 35♡

1K 139 39
                                    

AKU tertidur sewaktu berada di dalam kereta nampaknya.

Noel yang memujuk aku sewaktu aku hati aku sakit. Noel yang membuat aku tersenyum sewaktu aku bersedih. Tapi, kenapa aku tak berpuas hati meskipun aku sudah memiliki Noel sebagai seorang suami?

Aku rasa aku akan cemburu jika Nuha yang berkahwin dengan Hansel.

Aku nak memiliki Hansel...

Pintu bilikku dikuak.

Aku mengangkat wajah memandang Noel yang melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa makanan.

"Ab-abang. Tak apa ke bawa masuk makanan ke dalam bilik?" Soalku resah.

"Tak apa. Abang akan kemaskan semula nanti. Mari makan ni, Jelita. Abang dah buatkan manisan supaya hati Jelita terubati". Ujar Noel seraya mendekatiku.

Aku memerhatikan Noel yang menghidangkan manisan itu padaku.

"Terima kasih, abang".

"Sama - sama. Abang nak buat kerja di tingkat bawah. Jika ada apa - apa Jelita boleh aje turun panggil abang. Abang akan tolong Jelita. Berehat okey?" Pujuknya dengan lembut.

Aku mengangguk faham.

Noel mencium lembut dahiku lalu dia membuka langkah meninggalkan aku sendirian di dalam bilik.

Pintu bilik ditutup.

Jadi, ini rasanya sarapan pagi di atas katil?

Kenapa lama sangat aku tertidur sedangkan aku tak pernah pula tidur bermula waktu petang sehingga waktu pagi.

Takkanlah aku letih sampai begitu sekali?

Hm...

Pelik.

Aku menggigit kek cawan yang dibuat oleh Noel itu.

Hansel dan Nuha tak sepatutnya layak untuk bersama - sama. Kenapa lelaki yang sukakan aku juga Nuha mahukan? Nuha memang sentiasa nak hidup di bawah bayang - bayang aku atau apa?

Noel memang baik.

Tapi, hati aku masih terpikat pada Hansel memandangkan dari dulu lagi Hansel cuba menggoda aku.

Aku terus sahaja membersihkan diri sebaik saja aku selesai makan. Selepas itu, aku turun ke tingkat bawah untuk bertemu dengan Noel. Nampaknya, Noel sedang mengemas rumah.

"Abang". Tegurku.

Noel menoleh memandangku.

"Ya, Jelita?"

"Boleh Jelita nak keluar sekejap tak? Jelita ada hal". Pintaku dengan penuh berharap.

"Keluar? Abang pergi bersiap..."

"T-tak payah! Jelita nak pergi sendiri. Abang duduk rumah".

"Tapi, abang risau kalau membiarkan Jelita bersendirian. Boleh ya? Abang akan temankan Jelita". Pinta Noel dengan lembut.

Aku menggeleng.

"Jelita bukan budak - budak lagi. Jelita akan menjaga diri. Abang boleh percayakan Jelita. Jelita keluar sekejap aje. Jelita akan balik secepat yang mungkin". Tuturku.

"Jelita nak pergi mana?" Soal Noel ingin tahu.

"Jelita nak pergi ke sesuatu tempat. Selepas itu, Jelita nak singgah rumah mummy. Sekejap je. Abang jangan risau. Boleh abang izinkan Jelita keluar? Please, abang". Rayuku dengan manja.

Noel menghela nafas.

"Okey..." Akurnya.

Aku memeluk tubuh Noel lantas aku mencapai kunci kereta sebelum aku berlalu keluar dari dari rumah.

Ver 1: I Loves A Girl Who's Called JelitaWhere stories live. Discover now