TAK sia - sia usahaku untuk membahayakan diriku semasa aku bertemu dengan Arsen setelah Arsen berjaya diberkas polis. Mujurlah, Arsen dibawa masuk ke dalam juvana kerana percubaanya untuk membunuhku.
Maria memang menangis setelah mengetahui berita itu tetapi dia tetap juga akan menunggu Arsen sehingga Arsen keluar dari penjara.
Terima kasih kepada Noel.
Aku tidak lagi menjadi sasaran pelajar - pelajar di sekolah aku lagi. Baru aku tahu puncanya aku dibuli ialah Arsen yang menuduh aku membawa nasib malang. Jadi, dia yang berpakat dengan kawan - kawannya untuk kenakan aku.
Aku terkejut juga kerana Maria tak marah aku pun.
Malangnya, Maria tak tahu apa yang Arsen dah lakukan kerana Arsen tak mahu Maria menanggung kesalahan yang sama juga.
Apa pun, hubungan aku dan Noel sudah semakin rapat disebabkan Noel menyelamatkan aku sewaktu kereta sedang terbakar itu.
Aku sangat bersyukur kerana Noel berada disisiku.
Aku terjerit kecil tatkala tangan kekar seseorang menekup mataku.
“Cuba teka siapa?”
“Noel?” Tebakku.
Noel mengalihkan tangannya lalu dia melabuhkan punggungnya bertentangan denganku.
“Macam mana boleh teka?” Soalnya bersama - sama sengihan.
“Jelita dengar suara pun Jelita tahu”. Tukasku.
“Ey, pandai. Nah, hadiah”. Seekor patung beruang diberikan padaku membuatkan aku tersenyum.
“Terima kasih, Noel”. Ucapku.
“Sama - sama kasih, Jelita”. Balasnya lembut.
Gebunya patung panda ni buatkan aku rasa selesa sangat nak memeluknya. Mujurlah Noel bawa hadiah ini sewaktu aku sedang berehat di rumah. Jika aku berada di sekolah memang niaya saja.
“Perkahwinan kita bila nak langsung ya?” Soal Noel dengan lembut.
“Jelita tak fikir lagi. Nanti Jelita akan fikirkan bila masanya yang sesuai untuk berkahwin dengan Noel”. Balasku dengan lembut.
“Entahlah. Noel risau sangat kalau Jelita asyik tunda - tunda. Akhirnya, Jelita memungkiri janji Jelita”. Gumamnya perlahan.
“Kenapa Jelita nak memungkiri janji?”
“Tak mustahil. Hati manusia boleh berubah, Jelita”. Tutur Noel seraya menyembamkan wajahnya di atas meja batu itu.
Noel memandangku sambil memuncungkan bibirnya.
Aku tersenyum.
“Jelita akan kahwin juga dengan Noel. Jelita dah terhutang budi dengan Noel”. Tuturku dengan lembut.
“Jadi, Jelita cintakan Noel?” Soal Noel dengan penuh berharap.
Aku mengetap bibir.
“Jatuh cinta tu belum lagi…”
Noel menyembamkan wajahnya semula.
Aku ketawa kecil.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...