“KAKAK, buka pintu!” Suara Joshua yang kedengaran dari luar bilik mengganggu lenaku.
“Ada apa, Joshua?” Soalku ingin tahu.
“Daddy suruh kakak keluar. Daddy kata ada sesuatu yang penting kakak perlu lakukan. Keluarlah cepat, kakak”. Arah Joshua.
“Esoklah. Sekarang, kakak mengantuk”.
“Daddy kata sekarang. Daddy dah marah tu. Kakak janganlah berlengah sebab hal ni penting…” Rayu Joshua.
Aku menghela nafas.
Aku terus saja bangun dari pembaringan lantas aku membuka langkah menuju ke arah dedaun pintu bilikku. Pintu bilik dikuak perlahan lalu aku melangkah keluar dari bilik. Joshua terus saja menarik tanganku tanpa aku sempat untuk menyoalnya.
Tak sangka.
Kami tiba saja di ruang tamu aku sedang melihat mummy dan daddy duduk di atas sofa yang terletak bertentangan dengan sofa yang diduduki oleh pak long dan mak long.
Eh? Pak long dan mak long?
Kenapa mereka datang ke sini?
“Daddy, ini kakak”. Tegur Joshua.
Daddy memandangku bersama - sama wajah yang cukup serius membuatkan aku menjadi sangat cuak.
“Joshua pergi tolong tengokkan adik - adik”. Arah daddy dengan mendatar.
Sepasang mata coklat cair daddy tak beralih langsung dari menatap seraut wajahku.
“Baik, daddy”. Akur Joshua dengan mudah.
“Jelita. Duduk situ”. Arahan daddy terus aku patuhi tanpa bantahan.
Bahaya kalau daddy buat muka menyinga.
“Xav. Aku dan Aulia datang ke sini sebab aku dapat tahu yang Hansel balik dengan muka dan baju yang basah sebab Malaika simbah air longkang pada muka dia”. Tutur pak long.
Mummy mengalihkan wajah memandang ke arah lain.
“Hansel. Saya mengaku yang dia tak pandai masak. Tapi, dia ada beritahu saya yang dia teringin sangat nak Jelita rasa masakan dia. Berpuluh kali dia gagal sampai saya tawarkan bantuan untuk memasak demi dia. Tapi, Hansel kata tak bermaknalah makanan tu kalau saya bantu dia. Dia nak Jelita makan air tangan dia. Masakan pertama dia”. Tukas mak long sambil menahan tangisan.
Aku tertunduk.
“Balik rumah. Aku tanya Hansel macam mana bekal tu. Dia kata yang Jelita suka sangat bekal makanan tu. Pada awalnya, aku dan Aulia percaya yang Hansel baik - baik saja di sekolah. Tapi, aku tak sangka aku nampak dia menangis. Jelita. Sampai hati Jelita tolak makanan yang Hansel gigih buat tanpa henti. Apa salah dia pada Jelita?” Soal pak long dengan lembut.
Aku mengetap bibir.
“Jelita marah pak long dan mak long sebab mummy? Jelita. Kami berdua yang layak dihukum. Bukan Hansel, Jelita. Hansel tak minta pun nak jadi anak pak long dan mak long”. Tegur mak long pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/282802851-288-k871371.jpg)
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romance"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...