BIL 3

702 52 19
                                    

Ainursyah melangkah laju mencari seseorang. Adam. Ya dia mencari Adam. Rasa marah yang meluap-luap terhadap lelaki itu. Sungguh tidak tahu malu menceritakan keaiban diri kepada orang.

Ainursyah menarik nafas sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam stor yang menempatkan Adam dan Maira. Apa yang dia orang buat dalam stor ni? Apa-apa je lah tiada kaitan dengan aku!

Pang!

Bunyi tamparan yang kuat. Tangan Ainursyah selamat mengenai pipi Adam. Maira terkejut dengan ketibaan Ainursyah yang secara tiba-tiba.

"Biy, are you okay?" Tanya Maira prihatin.

"You ni kenapa ha? Suka hati je datang tampar orang" kata Maira.

"Ya memang suka hati, kau jangan nak masuk campur eh perempuan. Oops lupa you ada nama, apa eh nama you? Melya? Maya? Maira? Entah lah aku tak kenal kau dan tak nak kenal kau, sekarang ni aku nak kau jangan masuk campur" kata Ainursyah.

"Kau apahal? Datang sini terus tampar aku" kata Adam sambil memegang  pipinya yang berpijar akibat terkena penampar sulung milik Ainursyah.

"Kau tanya aku apahal? Woi jantan kau dah canang dekat satu Universiti pasal hubungan tak guna kita ni asal? Kau dah dahagakan perhatian ke apa? Eh Maira aku rasa kau pun kena hati-hati dengan mamat ni takut kau pula jadi mangsa penipuan jantan tak guna ni" hambur Ainursyah sinis. Perasaan marahnya sekarang ni meluap-luap. Kalau boleh nak sahaja dia tumbuk-tumbuk muka hodoh Adam ni.

Macamana aku boleh suka dekat lelaki tak guna macam ni? Betul lah orang kata masa bercinta kentut pun bau wangi tapi bila dah putus muka pun rasa macam beruk menahan berak!

"Kau!" Marah Adam. Baru sahaja tangannya ingin naik menampar pipi Ainursyah tangannya ditahan seseorang.

"Tak gentle lah bro nak naik tangan dekat kaum hawa" kata lelaki yang menahan tangan Adam dari menampar Ainursyah.

"Kau siapa hah!" Tanya Adam kasar.

"Aku bukan siapa-siapa, cuma aku nak cakap, perempuan ni untuk dijaga dengan lembut dan kasih sayang bukannya disakiti, once kau dah naik tangan dekat perempuan, jangan ingat dia akan percaya kau lagi" kata lelaki itu dengan penuh kelembutan.

Ainursyah terkedu dengan ketibaan lelaki itu yang secara tiba-tiba, dapat dia lihat wajah kacak lelaki itu dari tepi. Dengan bentuk hidung yang mancung, bibir yang mungil. Indahnya ciptaan Tuhan.

"Kau okay?" Tanya lelaki itu.

Ainursyah menganggukkan kepalanya tanda dia okay.

"Dan kau, jangan ingat kau dah cukup hebat kalau main kayu tiga, aku cuma takut once kau dah menyesal jangan cari dia balik" kata lelaki itu dan menarik beg sandang Ainursyah.

Ainursyah akur mengikut langkah lelaki itu. Lelaki baik yang telah menolongnya.

Sampai sahaja di taman herba universiti lelaki itu melepaskan beg Ainursyah.

Ainursyah mengambil tempat disebelah lelaki itu. Dia menjauhkan sedikit dirinya agar ada jarak antara mereka. Senang kata halal gap gitew.

Lelaki itu menghulurkan sapu tangan kepada Ainursyah. Ainursyah memandang lelaki itu pelik.

"Ambil ni, lap air mata kau yang hampir kering tu" kata lelaki itu.

Tanpa kata Ainursyah menyambut huluran itu. Dia mengesat air matanya menggunakan sapu tangan milik lelaki itu.

"Nanti aku basuh dan pulangkan dekat kau" kata Ainursyah.

"Tak payah, simpan je mana tahu kau perlukan sapu tangan tu lagi" kata lelaki itu.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now