BIL 16

358 35 4
                                    

Setelah hampir tiga jam berada di atas bas, akhirnya mereka tiba jua ke destinasi. Semua pelajar dan pensyarah yang mengikuti program tersebut keluar dari bas. Mereka semua beratur mengikut arahan yang telah diberikan oleh pengurus aktiviti tersebut.

Ainursyah tekun mendengar apa yang disampaikan oleh Encik Karim selaku penaja utama perkhemahan mereka. Bukan calang-calang ya universiti mereka, siap ditaja lagi.

Matanya mula mengantuk saat mendengar bebelan panjang yang disampaikan oleh Encik Karim. Apa yang dibebel kan pun dia tak tahu. Sekarang ini dia rasa nak tidur.

"Okay baiklah sekian dari saya, saya akan serahkan mikrofon ini kepada fasilitator program anda semua. Sebarang masalah boleh hubungi saya dan kakitangan yang lain" kata Encik Karim dan mendapat tepukan dari para pelajar.

"Assalamualaikum semua, saya Zaim boleh panggil abang Zaim sebab saya lagi tua dari anda semua. Ini rakan-rakan saya yang lain. Ini Akmal,  ini pula Daris. Kakak yang pakai tudung pink tu Zura. Tudung biru tu Diandra dan yang pakai cermin mata bulat tu Aishahtun. Selamat berkenalan" kata Zaim sambil tersenyum.

Rakan-rakan fasilitator yang lain turut tersenyum manis melihat semua peserta yang bakal mengikuti acara tersebut. Ainursyah sekadar tersenyum nipis.

Mata dia dah tak tahan. Nurul yang melihat Ainursyah tersengguk-sengguk itu terus menyiku lengan Ainursyah. Ainursyah merengus geram. Siapa pula yang berani kacau aku ni.

Dia menjeling Nurul sekilas.

"Apahal kau ni?" Soal Ainursyah geram. Suaranya perlahan sahaja, kuat-kuat risau menganggu abang dan kakak fasilitator bercakap.

"Kau tanya aku apahal? Kau tu yang apahal. Tersengguk-sengguk" tanya Nurul geram. Boleh pula dia jeling aku?

"Aku mengantuk lah. Lambat lagi ke nak masuk bilik ni?" Soal Ainursyah.

"Banyaklah kau bilik. Khemah okay... Kejap lagi kita kena pasang khemah. Tak nampak tu dekat depan ada khemah berlambak" sampuk Raisya.

Ainursyah membulatkan matanya. Khemah? Tidur dalam khemah?

"Kau jangan nak terkejut sangat lah Ainur... Dah nama pun perkhemahan mestilah tidur dalam khemah" kata Nurul pula. Dah nama pun perkhemahan tak kan nak tidur dalam chalet.

Ainursyah mengeluh perlahan. Bencinya!

"Yang dekat belakang tu sembang apa?" Soal salah seorang abang fasilitator.

Semua mata kini tertumpu kepada Raisya, Ainursyah dan juga Nurul.

Ainursyah sudah menundukkan kepalanya terlebih dahulu. Malu!

Nurul hanya mendiamkan diri manakala Raisya hanya memandang abang fasilitator yang menegur mereka. Ingat kau handsome ke nyah? Rambut belah tengah style apa tu? KG dot com sungguh! Sempat Raisya mengutuk penampilan abang Fasilitator yang menegur mereka.

Aiden sudah tidak duduk diam saat melihat kekasih hatinya dimalukan. Ada yang aku tendang dalam sungai karang!

Rayden hanya santai memandang padahal dalam hati dia sudah mahu pergi ke arah Nurul.

Manakala Izman hanya memandang Ainursyah yang menunduk ke bawah. Dalam hati dia risau kalau-kalau Ainursyah sakit. Iyalah tadi dalam bas pun teruk sangat mabuk nya.

Ainursyah memang mabuk bas. Bukan setakat bas malah kapal, feri dan kapal terbang juga dia mabuk.

"Abang Akmal tanya kenapa tak jawab?" Soal Zura.

Raisya menjeling Zura itu.

Lah mereka cakap perlahan sahaja itu pun nak kecoh. Orang lain siap bergelak ketawa tak marah pula.

C | BELIEVE IN LOVEKde žijí příběhy. Začni objevovat