BIL 15

407 37 2
                                    

"Kak Raisya, kami naik bas yang mana satu?" Soal salah seorang dari pelajar tahun pertama. Hanya lebih kurang lima belas orang sahaja pelajar dari tahun pertama yang menyertai aktiviti ini.

"Nama siapa ye? Akak kena semak dulu nama baru tahu kau orang naik bas yang mana satu" balas Raisya. Tangannya mula menyemak senarai nama pelajar yang terlibat.

"Saya Lily. Kami dari fakulti kejuruteraan tahun pertama" kata Lily.

Raisya mengangguk faham.

"Okay, kau orang boleh naik bas pertama. Dekat bas dah ada nama jadi duduk sahaja. Jangan tukar tempat ye" kata Raisya tegas.

Mereka semua mengangguk faham. Raisya mengalihkan pandangan ke arah Ainursyah yang duduk mencangkung di tepi longkang.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Ainursyah.

"Weh, apa kau buat ni?" Soal Raisya pelik.

Ainursyah memandang ke arah Raisya dengan senyuman nipis. Dia bangun dari cangkungan dan berdiri di hadapan Raisya.

Bahu Raisya dia sentuh perlahan.

"Sya, tak nak lah pergi. Boleh lah" Rayu Ainursyah.

Raisya menggelengkan kepalanya tanda tidak.

"No Ainur, kita dah nak gerak. Lagi 20 minit kita dah kena gerak. Kalau kau nak kena marah dengan Sir Izzat silakan" kata Raisya.

Ainursyah memuncungkan bibirnya.

"Dah tak payah nak muncung bibir tu, aku kepit dengan pengepit baju baru tahu. Pergi ambil pas ni dan naik bas" kata Raisya lagi.

Hendak atau tidak Ainursyah akur. Tangannya mencapai pas yang seharusnya di pakai oleh semua peserta. Selepas itu terus dia melangkah ke arah bas yang Raisya maksudkan.

Matanya melilau mencari tempat duduknya. Setelah sampai ke barisan tengah bas dia mendapati namanya berada di salah satu kerusi. Tanpa berlengah terus dia melabuhkan punggungnya tanpa melihat siapa yang berada di sebelahnya. Sehinggalah orang disebelahnya berdehem.

"Hai Ainur" tegur orang itu.

Ainursyah terkejut.

"What are you doing here Iz?" Soal Ainursyah bingung.

"Sitting on my place" balas Izman selamba.

"What? How can. Bukan ke selalunya aku duduk sebelah Nurul" tanya Ainursyah.

Izman mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.

Ainursyah mencari kelibat Raisya. Dia harus bertanya kepada Raisya kenapa dia kena duduk sebelah Izman.

Akhirnya matanya tertancap pada wajah Raisya yang baru sahaja masuk ke dalam bas diikuti dengan Nurul dibelakangnya.

"Raisya sini!" Panggil Ainursyah.

Raisya dan Nurul sama-sama bergerak ke arah Ainursyah.

"Wae?" Soal Raisya.

"Kenapa kau bagi aku duduk dengan dia?" Soal Ainursyah.

"Sorry Ainur, but alu nak duduk dengan Aiden and Nurul nak duduk dengan Rayden. No choice, yes or not you should accept" kata Raisya selamba. Tanpa menunggu balasan dari Ainursyah dia terus bergerak ke tempat duduk hadapan.

Nurul turut bergerak ke tempatnya.

Ainursyah menghela nafas berat.

"Tak suka duduk sebelah aku ke Ainur?" Soal Izman tiba-tiba.

"Tak. Maksud aku, aku okay je" balas Ainursyah.

"Kalau kau tak selesa aku boleh paksa Rayden duduk dengan aku and kau boleh duduk dengan Nurul" kata Izman.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now