BIL 34 (Nurul×Rayden)

380 32 3
                                    


"Adik kenapa ni sayang?" Soalan mama membuatkan aku kembali menangis.

Ini kali pertama aku menangis di hadapan mama. Selama ini aku hanya menangis sendirian di dalam bilik.

"Mama... Adik tak kuat ma" adu ku. Mama mula menarik aku ke dalam pelukannya. Aku memeluk mama erat. Tangisan ku mula pecah. Tersedu sedan aku menahan tangisan namun ianya semakin kuat.

"Shh, anak mama kuat... Jangan macam ni" kata mama. Dia menggosok-gosok badanku seolah-olah menyalurkan kekuatan pada diriku.

Aku mula naik ke bilik. Pandangan mama terhadap ku aku abaikan. Aku tahu mama rasa sebersalah. Tapi aku tidak mampu untuk menipu perasaan sendiri.

Aku melemparkan beg tangan di sofa mini yang terdapat di dalam bilik tidur ku. Katil menjadi tempat tujuanku.

Dapat aku dengar bunyi guruh dilangit yang berdentum kuat mengadakan hujan bakal membasahi bumi.

Aku mula menoleh ke tingkap. Tingkap bilik aku buka. Aku mula merenung jalan raya yang sudah dibasahi dengan air hujan.

Bunyi guruh yang tidak habis berbunyi seolah-olah mengerti perasaan lara di hati ku.

Tanpa sedar air mata ku mula mengalir. Satu persatu memori indah mula terpamer di dalam ingatan ku.

Kenapa cepat sangat masa berlalu? Aku sudah tidak sanggup.

  🧁

Bunyi kecoh dari luar tidak aku endahkan. Kepala yang memberat membuatkan aku tidak mampu untuk bangun. Ditambah pula dengan sakit senggugut ketika ini membuatkan aku langsung tidak bermaya.

Selepas sahaja hari aku dan Rayden putus aku demam teruk sehingga hari ini. Kalau dikira ini hari yang keempat aku demam. Hari sudahlah aku baru sahaja demam. Sekarang demam lagi. Apa nak jadi dengan aku pun tak tahu lah.

"Ada orang datang ke?" Soal ku sendirian. Aku nak keluar tapi aku tak mampu. Akhirnya aku hanya melelapkan mata. Mungkin kawan mama dan abah. Fikirku.

End Nurul pov

🧁

"Hmm jemputlah minum" pelawa Puan Sarah. Dia memandang tetamunya dengan pandangan yang kurang selesa.

Nak tak nak dia layankan sahaja. Suaminya sudah membenarkan tak kan dia nak menghalang pula.

Sempat dia melirik ke arah suaminya yang berbual mesra dengan suami si tetamu tak diundang.

"Datin nak apa datang sini?" Soal Puan Sarah.

"Sarah... Tak perlu panggil saya datin. Panggil sahaja Dibah lagipun nanti kita akan berbesan juga" kata Datin Adibah. Selama tiga hari anak bongsunya itu tidak habis memujuk dirinya supaya datang menghantar rombongan meminang. Pada mulanya dia juga tidak mahu namun bila teringat semula apa yang telah berlaku rasanya ini boleh menjadi asbab dia perbaiki hubungan antara dia dan juga Sarah.

"Sejak bila saya bersetuju untuk berbesan dengan awak?" Soal Puan Sarah. Dia bukannya marah cuma dia sedikit kecewa. Lagipun dia sudah lama mengikhlaskan perkara tersebut.

Mati itu pasti, hidup pula In Sya Allah.

Bila-bila masa sahaja dia boleh menyusul anak sulungnya. Jadi dia harus belajar menerima dan melepaskan dengan ikhlas.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now