BIL 39

902 39 0
                                    

Beberapa bulan kemudian

"Terima kasih sayang" tutur Izman lembut.

"Sama-sama abang" balas Ainursyah. Dia masih lagi penat setelah melahirkan anak pertamanya. Alhamdulillah dia mendapat anak lelaki yang sihat.

"Tengku Amsyar bin Tengku Izman. Okay tak sayang?" Soal Izman.

"Saya okay je. Amsyar sayang" kata Ainursyah.

Dia mencium ubun-ubun anaknya yang berada di lengannya dia tidak pernah menyangka yang dia akan ada anak bersama Izman. Rasa macam baru semalam sahaja dia dan Izman berkawan. Tahu-tahu sudah berkahwin dan mempunyai anak.

"Klak!" Pintu di buka dari luar.

"AAAA comelnya baby!" Kata Nurul sebaik sahaja masuk ke dalam wad Ainursyah.

Rayden dibelakang sudah menggelengkan kepala. Pening betul dengan perangai isterinya itu. Jangan menurun ke anak sudah lah.

Izman terus menghalang Rayden dari terus masuk.

"Kau tutup mata dulu Rayden!" Arah Izman.

Rayden terus menutup matanya. Tanpa berlengah tudung sarung yang tersangkut di kepala katil disarungkan ke kepala isterinya.

"Dah boleh bukak" arah Izman. Terus sahaja Rayden membuka matanya.

"Eh kau ni Nurul, masuk tu bagi salam bukannya main terjah" kata Ainursyah geram.

"Hehehe sorry lah excited nak jumpa anak buah" kata Nurul.

"Comelnya boy ke girl?" Soal Rayden.

"Boy" balas Izman.

"Nama apa?" Soal Nurul pula. Izman mula berganjak dari situ memberi ruang kepada Nurul untuk melihat anaknya.

"Tengku Amsyar bin Tengku Izman" kata Ainursyah.

Izman dan Rayden terus bergerak keluar. Biarkan perempuan berbincang. Lelaki lepak minum kopi lah apa lagi.

"Aaa cute nya nama. Aunty Nurul here" kata Nurul dan mencuit pipi montel Amsyar. Menggeliat kecil si kecil itu saat di usik.

"Kau sihat?" Soal Ainursyah pada Nurul.

"Terlebih sihat. Kau tengoklah makin gemuk" kata Nurul.

"Rayden bagitahu demat Izman kau suka minta benda merepek" kata Ainursyah dan tergelak kecil.

Teringat pula saat Rayden telefon Izman pukul 3 pagi semata-mata untuk menanyakan cara membuat fish ball ayam. Dah nama nya fish ball mestilah ikan. Tapi Nurul kata bukan ikan tapi ayam. Bila Rayden kata chicken ball Nurul kata fish ball ayam. Aduh pening kepala.

"Alah aku minta sikit je. Aku ni penat tau dengan morning sickness lagi. Kau okay lagi Iz yang dapat morning sickness" kata Nurul.

Ainursyah tersenyum. Dia beruntung kerana dia tidak perlu untuk rasa sakit morning sickness kerana Izman yang tanggung semua itu. Tapi rasa kesian juga dia pada Izman. Hampir sebulan lebih Izman tidak ke pejabat kerana morning sickness yang teruk.

"Ni ha, apa cerita eh Raisya?" Soal Nurul tiba-tiba.

"Entahlah. Aku ada contact dia juga tapi dia selalu reply lambat maybe busy" kata Ainursyah.

"Itu lah tu. Aku pun ada contact dia tapi macam biasa aku contact isnin, khamis baru dia reply. Aku tak tahu lah apa yang dia busy kan sangat" kata Nurul.

"Biarlah mungkin itu cara dia untuk lupakan semuanya" kata Ainursyah.

Dia tidak tahu apakah dia mampu bertahan seperti Raisya. Raisya sangat kuat.

"Apa kata kita cuba video call dengan dia?" Cadang Nurul.

"Kau call. Aku harap dia angkat" kata Ainursyah.

Tut...

Tut...

Tut..

"Hello" kata Raisya dihujung talian.

"Oi ni video call bukannya call biasa" kata Nurul geram. Boleh pula Raisya tunjuk telinga pada mereka.

"Hehehe ye ke? Sorry lah busy sangat tak perasan" kata Raisya dan tertawa kecil.

"Kau orang ni kenapa call aku?" Soal Raisya.

"Lah nak call sepupu sendiri pun tak boleh ke?" Soal Nurul.

"Boleh je cuma mestilah ada sebab kan"

"Ni ha tengok ni" Nurul mula menghalakan skrin telefon kepada Amsyar yang berada di lengan Ainursyah.

"Omaigod, anak Ainur?" Soal Raisya tidak percaya.

"Ya... Comel kan"

"Aaaa comelnya baby. Ainur ciumkan dia untuk aku. Cakap dari mummy sya" kata Raisya.

"Balik lah sini. Jumpa baby depan-depan" ajak Ainursyah.

Raisya mula terdiam.

"Aku bukan tak nak balik sana. Tapi aku betul-betul sibuk" tutur Raisya. Di sini dia nak tidur lapan jam sehari pun tak cukup.

"Kau sibuk atau kau ingat dia lagi?" Soal Ainursyah.

"Aku sibuk... Tentang dia dah lama aku lupakan. Lagi pun tak kan aku nak suka dekat laki orang. Lagi pun aku dah move on" kata Raisya dengan senyuman.

"Kuatnya kau Raisya" kata Ainursyah. Nurul turut mengangguk mengiyakan kata-kata Ainursyah.

"Nak tak nak aku kena kuat. Lagipun kumbang bukan seekor. Ish dah lah tak payah cerita pasak ni. Kita fokus anak kau" kata Raisya.

"Boy ke girl ni?" Soal Raisya.

"Boy"

"Wah handsome lah ni besar nanti, nama apa?"

"Tengku Amsyar"

"Eii cute nya nama macam muka dia. Nanti aku pos hadiah tau"

"Hadiah? Tak payahlah"

"Eh suka hati aku lah. Aku nak bagi juga" kata Raisya tegas.

Ainursyah hanya tergelak kecil.

🧁

Seminggu kemudian.

"Amsyar dah tidur?" Soal Ainursyah.

" dia dah tidur" balas Izman.

"Sayang okay? Penat tak? Maaf abang selalu tak sedar bila Amsyar bangun tengah malam" kata Izman perlahan. Kepala Ainursyah dikucup lembut.

"Tak apa... Abang mesti penat kan. Ainur okay je" kata Ainursyah. Lagipun anaknya itu bukan kuat sangat meragam.

"Rindunya abang pada isteri abang ni" kata Izman tiba-tiba.

"Eh abang ni jangan macam-macam saya dalam pantang lagi" tutur Ainursyah risau.

"Ish fikir bukan-bukan pula. Abang cakap rindu pun salah ke?"

"Tak salah cumanya mana lah tahu perangai kucing gatal abang tu datang"

"Eii kucing gatal ye? Nak kena ni" pipi Ainursyah dicubit olehnya.

"Sakitlah!"

"Tahu pun. Suka sangat mengata abang kan?"

"Mana ada! Abang yang mulakan dulu" kata Ainursyah.

"Iya lah abang salah. Tidur ya. Nanti Amsyar terjaga sayang tak cukup tidur pula" kata Izman.

Ainursyah mengangguk.

Selimut ditarik sehingga menutupi bahagian dadanya.

"Goodnight sayang i love you"

"I love you too abang"

Done ✅

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now