BIL 21

385 32 0
                                    

Dua bulan telah berlalu dari hari yang mereka menyertai perkhemahan. Hari-hari yang dilalui oleh mereka semuanya indah belaka.

Jam tangan yang dipakai di pandang sekilas sebelum melajukan kaki ke arah tempat yang hendak dia tujui.

Disebabkan jalan yang dia lalui itu sunyi dia terus melajukan langkahnya  sehinggalah tiba ke destinasi. Dapat dia lihat dari jauh seorang lelaki yang duduk bersendirian. Tanpa kata terus kakinya melangkah ke arah lelaki itu.

"Bah!" Sergahnya.

Lelaki itu sekadar tersenyum nipis.

Kerusi ditarik olehnya. Punggung segera dilabuhkan di atas kerusi. Bibir dicebikkan.

"Kau ni, terkejut lah sikit. Huh!"

"Dah aku tak terkejut nak buat macam mana? Tak kan aku nak pura-pura terkejut" balas Izman.

Ainursyah tersengih malu. Tak kan dia nak suruh Izman berlakon terkejut.

"Oh ya, kenapa kau ajak aku jumpa ni?" Soal Ainursyah pelik. Boleh je kut kalau nak bersembang dalam dewan tadi tapi ni siap mesej suruh datang ke kafeteria seorang diri.

"Aku nak bagi tahu kau something"

"What?"

"Aku suka kau..."

"Ouh okay, jadi?"

"Ainur, aku serius. Aku suka kau, sayang kau. Cintakan kau" luahnya. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihembus perlahan-lahan. Mencari kekuatan untuk meluahkan perasaannya terhadap Ainur.

"Aku tahu kita baru je kenal tapi tak salahkan? Kalau kau sudi jadi kekasih aku?"

"Apa kau merepek ni? Tak lawak lah Iz" kata Ainursyah.

"Ainur, aku tahu kau masih lagi trauma dengan apa yang Adam buat pada kau tapi percayalah, aku tak macam dia. Aku adalah aku dab dia adalah dia. Tak semua lelaki sama Ainur..."

"Aku bukannya tak nak terima kau cumanya aku tak nak disebabkan perasaan cinta kau pada aku, hancur hubungan persahabatan kita" kata Ainursyah jujur.

"Selagi aku hidup aku akan bahagiakan kau macam mana aku bahagiakan kau disaat pertama kali kita berjumpa Ainur..." Luah Izman bersungguh-sungguh.

"Iz... Janji semua orang boleh berjanji tapi boleh ke tunaikan? Aku rasa lebih baik kita berkawan je dulu. Kalau ada jodoh baru kita fikirkan. Aku tak nak fikir apa-apa" kata Ainursyah. Jujur dia malas mahu berfikir soal cinta. Dia sudah muak dengan perkataan cinta dan juga janji.

"Cuba kau bayangkan, kau dan aku bercinta end up kita tak ada jodoh. Kau ingat kita boleh berkawan semula ke? Aku tahu yang aku pun silap sebab berkawan dengan kau. Betullah orang kata lelaki dan perempuan tak boleh berkawan dan ini lah buktinya. Aku sayang kau Iz tapi aku lebih sayangkan hubungan persahabatan kita. Aku tak nak kita jadi stranger bila kita putus. Aku harap kau faham" luah Ainursyah lagi.

Izman menundukkan kepalanya kebawah. Dia menarik nafas panjang sebelum dia tersenyum nipis memandang wajah cantik Ainursyah.

"Aku faham. Kita... Kita cuma kawan. Apa yang aku cakap tadi kau abaikan je lah" kata Izman sambil tersenyum nipis. Dia tidak mahu Ainursyah bercakap buruk mengenai dirinya. Jadi dia harus tetap tersenyum walaupun hatinya begitu sakit. Cinta ditolak. Hmm tak mengapalah. Andai berjodoh pasti mereka akan bersatu juga.

"Kan okay macam ni... Kita kawan" kata Ainursyah sambil tersenyum nipis. Jujur dia juga suka kan Izman cuma hatinya berbelah bahagi.

Dia takut yang dia akan ditipu lagi. Cukuplah dulu dia pernah ditipu kini dia tidak mahu ianya berulang kembali. Dia nampak kuat tapi dalamannya hanya dia seorang sahaja yang rasa.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now