BIL 7

473 45 2
                                    

"Wah cantiknya!" Kata Nurul girang.

Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya untuk menangkap gambar. Banyak gambar yang telah dia ambil sehinggakan gambar pasir pun dia tangkap.

Ainursyah menggelengkan kepalanya. Dia bergerak ke belakang kereta untuk mengambil beg. Raisya sudah hilang kemana pun dia tak tahu. Katanya nak ke tandas.

"Ainur! Say cheese!" Kata Nurul sambil menghalakan telefon pintar pada Ainursyah. Ainursyah tersenyum manis.

"Guys! Sorry lambat, tandas tu ramai orang pula" kata Raisya.

"Tak apa, jom lah kita check in" balas Ainursyah.

"Okay, sekejap aku ambil beg" kata Raisya.

"Nurul! Dah lah tu selfie, masuk bilik dulu, lepas asar kita jalan-jalan pantai" kata Ainursyah.

"Okay!" Balas Nurul. Dia terus menyimpan telefon pintar miliknya ke dalam sling bag yang dia bawa.

Sampai sahaja di hadapan resort Raisya terlebih dahulu ke kaunter pertanyaan untuk meminta kunci bilik.

"Erm excuse me, I Raisya, haritu I ada tempah bilik dekat sini untuk tiga orang, and ni bukti dia" kata Raisya sambil menunjukkan skrin telefon yang memaparkan slip bayaran bilik.

"Sekejap ye, saya semak" kata perempuan yang menjaga kaunter itu.

"Okay take your time"

"Bilik 206 kan? Cik Raisya Dhania, nombor telefon 011 **** ****. Betul ke?" Tanya perempuan itu lagi untuk memastikan sama ada betul atau tidak.

"Yes, betul"

"Kalau macam tu, ini kunci biliknya. Cik Raisya boleh ke bilik Cik Raisya dengan menaiki pemandu pelancong kami ya, dekat depan tu Cik Raisya boleh nampak. Tunjukkan jalan ni dan mereka akan bawa cik Raisya sampai ke bilik" terang perempuan itu.

"Okay thank you"

Kaki laju melangkah ke arah Nurul dan Ainursyah yang berdiri di luar.

"Dah dapat kunci?" Tanya Ainursyah.

"Dah! Jom kita gerak!" Ajak Raisya.

Nurul dan Ainursyah sama-sama mengangguk. Tak sabarnya nak bercuti tiga hari dua malam!

🧁

"Sya, aku nak keluar tengok-tengok kawasan ni kejap boleh tak?" Tanya Ainursyah. Bosan juga dia duduk terperap dalam bilik ni.

Sempat dia pandang Nurul yang elok terbongkang tidur di atas katil. Mentang-mentang selesa.

Raisya memandang Ainursyah sekilas sebelum dia kembali menatap telefon pintarnya.

"Pergilah, nanti lepas asar kita orang pergi pula" kata Raisya tanpa memandang Ainursyah.

Sekarang ini dia cuba untuk membalas mesej Aiden. Hampir 1000 lelaki itu spam. Yang di penuhi adalah sticker budak kecik yang muncung tanda merajuk.

"Okay lah kalau macam tu, aku keluar dulu da!" Kata Ainursyah.

Kaki di atur keluarga dari bilik. Tudung selendang yang dia pakai di betulkan sedikit supaya kemas. Matanya melilau mencari tempat mana yang harus dia tuju.

"Panas nya hari ni, kalau dapat air kelapa pun sedap juga ni" bisik hati Ainursyah.

Setelah lima minit berjalan akhirnya dia terjumpa gerai yang menjual air kelapa. Tanpa berlengah dia terus ke arah kedai itu.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now