BIL 22

342 34 2
                                    

Ainursyah memandang belakang badan Farhana dengan pandangan kosong. Otaknya kini mulai bekerja. Apa semua ini?

Dibelek-belek gambar itu semula sebelum matanya tertancap pada gambar Izman dan dirinya. Gambar bila ni?

Sedang dia cuba untuk mengingati kembali kepalanya terasa dicucuk jarum yang sangat tajam. Matanya semakin lama semakin kuyu dan akhirnya pandangannya mulai kabur dan gelap.

Kosong.

Flashback

6 tahun lalu

"Bah!" Sergah Izman. Ainursyah mula mengurut dadanya.

"Bodoh lah kau! Terkejut lah gila!" Marahnya.

"Mencarut saja kerja kau ya? Mulut ni aku cili nanti baru tahu" kata Izman dan melabuhkan punggung disebelah Ainursyah.

"Kau buat apa ni? Intai sikit" kata Izman dan mulai mengintai apa yang Ainursyah sedang lakukan. Gadis itu terus bertindak menutup buku notanya. Pen di tangannya mengetuk tangan Izman yang sibuk untuk mengambil buku notanya.

"Izman! Jangan sibuk! Tumbuk kang!" Katanya geram.

"Tumbuk? Dengan penumbuk kecil kau ni? Huh, tak rasa lah" kata Izman sambil ketawa.

Ainursyah memuncungkan bibirnya. Geram dengan perangai Izman yang suka mengusik dirinya.

"Eii dah lah, orang nak balik!" kata Ainursyah dan mulai bangun dari duduknya. Buku dan alat tulisnya turut di ambil bersama.

"Awal lah nak balik. Tunggu lah. Aku baru sampai" pujuk Izman.

"Tak boleh, aku ada hal lain, ibu suruh aku beli barang dekat kedai. Nanti lambat, lambat pula ibu aku masak. Dah lah bye aku cau dulu. Pape roger" kata Ainursyah dan mulai bergerak meninggalkan Izman sendirian. Sempat dia melambaikan tangannya ke arah Izman.

Izman membalas lambaian Ainursyah.
Baru saja dia ingin membuka langkah untuk meninggalkan taman itu tangannya di tarik oleh seseorang. Dia terus menepis tangan itu.

"What are you doing here Farhana?" Soal Izman.

"I nak jumpa you lah Iz. Tak kan tak boleh?" Kata Farhana dengan senyuman.

"No! Aku tak nak jumpa kau. Sudah lah jangan ganggu aku. Aku tak suka kau!" Hambur Izman.

"Apa yang susah sangat you nak terima I? Apa kurangnya I?" Soalnya tidak berpuas hati dengan tindakan Izman yang tidak habis mengelak daripada dirinya.

"Banyak! Banyak benda yang kau kurang. Sudah lah aku nak balik"

"Nanti! I nak you tengok gambar ni dan you nilai sendiri. I atau kawan you yang kurang" kata Farhana dan menghulurkan gambar ditangannya. Selepas sahaja gambar bertukar tangan terus dia menapak meninggalkan Izman sendirian.

Izman mula meneliti gambar yang baru sahaja diberikan oleh Farhana. Turun naik dadanya menahan amarah. Gambar ditangannya di simpan ke dalam poket.

Dia terus bergerak meninggalkan kawasan itu dengan rasa marah yang menggunung.

🧁

Pandangan dari orang sekelilingnya tidak diendahkan.

"Kenapa semua orang pandang aku ni?" Soal Ainursyah sendirian.

"Babe!" Panggil Farhana. Ainursyah tersenyum lebar memandang ke arah Farhana.

"Hi Hana... Baru sampai?"

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now