BIL 11

406 35 0
                                    

"Ainur, class kita pukul berapa ye?" Soal Raisya. Tangannya masih lagi membetulkan rambutnya yang masih lagi tidak rapi.

"Hari ni first day kita untuk sem terakhir and ikut jadual pukul 9" balas Ainursyah. Dia hanya menggelengkan kepala memandang ke arah Raisya yang tidak siap-siap lagi. Rasanya dia yang bangun paling awal tadi.

Nurul yang berada di meja makan di pandang sekilas. Tidak habis-habis lagi dengan makanan.

"Oh ye eh, sekarang pukul berapa?"

"Pukul 8.20"

"Wait? What!"

"Kau kenapa Sya?"

"Kenapa tak cakap awal-awal, kau tahu tak kita ada discussion dengan junior yang baru masuk sem tahun ni. Sir Addin suruh aku handle program tu" kata Raisya. Tangannya kalut mengemas peralatan yang dia guna.

"Aa, aku dah lambat. Aku jumpa korang dekat sana je lah bye!" Kata Raisya kalut. Sejurus itu terus dia keluar dari rumah.

Ainursyah dan Nurul sama-sama terpinga-pinga melihat Raisya. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum sama-sama mengangkat bahu tanda tidak faham.

🧁

Tudung bawal hitam yang di pakai dibetulkan sedikit sebelum meneruskan langkah ke dewan kuliah. Jam tangan yang dipakai sempat di pandang sebelum mulut tidak habis terkumat-kamit.

"Ah jangan lah lambat"

Buk!

Buku ditangannya jatuh menyembah lantai.

"Er sorry" kata orang yang melanggar.

"Tak apa, terima kasih" balasnya.

"Ainur?"

"Izman?"

Serentak mereka berkata. Sebelum sama-sama tergelak.

"Lama juga kita tak jumpa kan?" Soal Izman.

Ainursyah mengangguk setuju.

"Rasanya last kita jumpa masa dekat Tioman hari tu je kan?"

"Yes, so how?" Tanya Izman.

"How? What?"

"Your life? Getting better?"

"Alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya. Anyway thanks to you"

"Huh? Thanks for what?"

"Kata-kata semangat yang kau bagi dekat aku. Thank you" kata Ainursyah jujur. Kalau bukan kerana kata-kata semangat dari Izman dan yang lain mungkin dia masih lagi terkesan dengan apa yang berlaku.

Walaupun dari luaran dia nampak langsung tidak kisah tentang apa yang telah berlaku antara dia dan Adam tetapi jauh disudut hati dia masih lagi rasa sakit. Lagipun sepanjang dia dan Adam bercinta banyak memori indah antara mereka yang dah berlaku. Jadi bukan mudah untuk dia teruskan hidup tanpa menoleh. Empat tahun bukan waktu yang singkat. Ianya terlampau lama.

"No problem, asalkan kau bahagia itu pun dah cukup"

Ainursyah sekadar tersenyum.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now