BIL 23

360 32 4
                                    

Seminggu berlalu. Dan seminggu itu juga Ainursyah seolah-olah menjauhkan diri dari Izman.

Izman mulai berasa tidak sedap hati. Kenapa Ainur seolah-olah menjauhkan diri darinya.

Mata Izman mulai tertancap pada Ainursyah yang berada di bangku berhadapan dengan makmal.

Kakinya laju melangkah ke arah Ainursyah. Dia terus melabuhkan punggung disebelah Ainursyah.

Baru sahaja Izman ingin bersuara Ainursyah terus bangun dan mahu pergi meninggalkan Izman. Namun Izman lebih tangkas menarik lengan baju Ainursyah.

"Ainur! Wait. Why? Kenapa kau jauhkan diri dari aku? Apa salah aku?" Soal Izman.

"Mana ada, aku tak jauhkan diri dari kau. Cuma aku sibuk. Kita kan nak final exam" nafi Ainursyah.

"Tipu! Aku tahu kau tipu. Aku tak suka orang tipu aku"

"Then? Kau ingat aku suka orang tipu aku? Cukuplah Izman. Aku dah tahu siapa kau. Jangan nak pura-pura lagi dengan aku" kata Ainursyah sinis

"Apa maksud kau?"

"Maksud aku? Kau patut tanya pada diri kau sendiri. Sudahlah aku malas nak layan kau!" Kata Ainursyah dan berlalu pergi.

Izman meneguk air liur kelat. Jadi Ainursyah dah tahu.

"Hai Iz!" Sapa seseorang.

Izman memandang wajah Farhana dengan tatapan kosong.

"Kau nak apa?"

"I nak you lah. Dari dulu sampai sekarang niat I cuma satu iaitu you" kata Farhana. Tangannya naik menyentuh bahu Izman. Izman terus menepis kasar tangan Farhana.

"Stop ganggu aku Farhana. Aku tak akan pernah suka kan kau. Tak pernah. So please. Lagi-lagi dengan perempuan yang tikam kawan baik sendiri"

"Haih, Iz... Ainur dan benci you. Jadi you dan dia dah tak kan rapat. Apa kata I yang tempat Ainur?"

"Kau? Mati hidup balik pun aku tak kan sesekali terima kau! Kau ingat aku tak yang kau sebenarnya dalang semua ni. Kau yang bagi gambar tu pada Ainur kan?"

"Pandai! I tak sangka you sepandai ni. Of course lah I yang bagi tahu. Kalau bukan I siapa lagi. Dah lama I nantikan saat ni. Tak sia-sia papa suruh I pindah sini" kata Farhana dengan senyuman.

"Stop ganggu aku dan Ainur! Tak boleh ke kau tengok orang lain bahagia?"

"No! I tak boleh tengok orang bahagia, lagi-lagi you and her. I tak kan benarkan kau orang bersama. Kalau I tak dapat you, I pun tak akan bagi orang lain dapatkan you. Bye sayang..." Kata Farhana sinis dan meninggalkan Izman sendirian.

🧁

"Ainur, kau ada apa-apa masalah ke?" Soal Nurul. Kopi ditangannya di letakkan di atas meja.

"Tak ada, aku okay" kata Ainursyah tanpa memandang wajah Nurul.

Nurul memandang Raisya yang berada di meja makan. Raisya mengangkat kedua bahunya.

"Then, why you're not in the mood?" Soal Nurul.

"Nothing, just tak sedap badan" kata Ainursyah sambil menayangkan senyuman pada Nurul dan Raisya.

"Okay lah kalau macam tu. Kalau ada problem jangan lupa share dengan kita orang" kata Nurul.

Ainursyah hanya mengangguk faham.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now