BIL 18

334 35 2
                                    

"Ainur! Boleh pula kau duduk dekat sini? Semua dah tunggu tahu. Kalau kau nak kena bebel kau duduk lah" bebel Nurul. Orang semua dah nak bersiap-siap untuk night walk boleh pula dia duduk dekat sini.

"Bangun Ainur!" Kata Raisya pula. Dia menarik tangan Ainursyah supaya bangun dari cangkungan. Entah apa lah yang dia nak takut sangat tentang night walk ni. Bukannya ada apa pun. Sama seperti jungle tracking juga cumanya night walk pada waktu malam.

"Bangun lah gedik betul!" Kata Lily.

Ainursyah membuat tidak endah dengan kata-kata Lily. Apa yang budak ni tak puas hati pun dia tak tahu.

"Hey budak yang kau tak puas hati dengan si Ainur ni kenapa?" Marah Nurul.

Kenapa lah dengan budak Lily ni. Ada yang aku tolak masuk sungai sat gi.

"Sibuk je" kata Lily dan menggulingkan matanya ke atas. Dia bergerak ke arah Aiden.

Aiden berdecit kasar saat tangan Lily cuba memeluk lengannya. Euw najis!

"Lily! Kau kalau aku tendang kau masuk sungai baru kau tahu! Jangan nak menggatal dengan boyfriend aku eh!" Marah Raisya. Amboi budak ni.

Lily mencebik. Huh! Semua tak boleh. Menyampah betul.

"Jangan nak gedik sangat. Aku tak suka orang gedik kecuali kesayangan aku" kata Aiden.

Raisya berdecit geram. Suka hati je kata orang gedik!

"Eh jomlah korang tak payah layan budak tu!" Kata Nurul dan menarik lengan Ainursyah dan Raisya.

🧁

"Abang nak kau orang semua dengar arahan baik-baik. Okay pastikan ketua berada di hadapan kumpulan dan pastikan semua ahli kumpulan cukup sebelum kita mulakan aktiviti night walk kita ini" Kata Zaim.

Izman terus mara ke hadapan dan berdiri di hadapan Ainursyah memandangkan Ainursyah berada di barisan hadapan. Maklumlah pendek.

Sempat Izman mengenyitkan mata kepada Ainursyah. Ainursyah mencebik bibirnya. Gila ke apa?

Izman mula mengira ahlinya.

1

2

3

4

5

6

7

"Eh sekor lagi mana" Soal Izman.

"Saya!" Kata Lily yang berlari anak ke hadapan. Sempat dia menyenggol bahu Ainursyah supaya bergerak ke belakang.

Ainursyah berdecit geram.

"Apahal minah seorang ni tercangak macam perempuan sial" kata Ainursyah dalam hati. Kata kuat-kuat hilang pula keayuan Ainursyah. Depan Izman kena baik sikit! Sikit je!!

"Kau pergi mana budak?" Soal Izman geram.

"Sorry abang Iz, tadi Lily pergi toilet" kata Lily dengan suara kepitnya.

Ainursyah menggulingkan matanya ke atas. Geram pula dengan perangai gedik Lily.

Malas mahu terus berdebat dengan Lily mereka membuat tidak endah dengan kelakuan Lily yang tidak ubah seperti ulat beluncas.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now