BIL 12

395 36 0
                                    

"Amboi, awal betul kau nak keluar?" Tanya Nurul pada Ainursyah. Pelik betul dia melihat Ainursyah yang tergesa-gesa mengemas buku-bukunya.

Tika ini dia, Ainursyah dan Raisya sama-sama berbincang mengenai assignment yang baru sahaja diberikan oleh Sir Izzat. Baru first week dah ada assignment, memang botak lah kepala mereka.

"Aku ada lunch date" balas Ainursyah sambil tersenyum manis.

Nurul menyiku lengan Raisya yang sibuk menghadap laptop. Fokus betul.

Raisya memandang Nurul dengan pandangan yang hairan. Tiba-tiba je siku orang.

"Ainur, dia ada lunch date, uwuwu" kata Nurul.

Raisya tergelak kecil.

"Wah, sejak bila ni? Dah ada pengganti mamat tu ke?" Soal Raisya.

Ainursyah menggeleng laju.

"Mana ada lah, aku nak lunch dengan Iz lah" balas Ainursyah.

"Iz ye? Sejak bila ngam ni?" Usik Raisya.

Nurul turut mengangguk dengan usikan Raisya.

"Mana ada, kawan je eh, tak lebih. Dah lah aku nak cau dulu, jumpa nanti" pamit Ainursyah. Kakinya laju melangkah meninggalkan dua orang sahabat baik nya.

Raisya dan Nurul sama-sama tergelak.

Mahu tapi malu?

🧁

"Iz!" Panggil Ainursyah sebaik sahaja dia sampai ke kafeteria.

Izman mengangkat kepalanya memandang ke arah Ainursyah yang baru tiba.

"Hi Ainur" kata Izman sambil tersenyum manis.

"Sorry lambat, tadi masa aku nak datang sini kena soal siasat dengan polis dulu" kata Ainursyah dan mengambil tempat di hadapan Izman.

"Polis? Dekat mana? Ada roadblock JPJ ke?" Soal Izman pelik. Bukankah tadi ketika dia menelefon Ainursyah, gadis itu berada di perpustakaan, tak kan dekat perpustakaan pun ada roadblock.

Ainursyah tergelak kecil.

"Bukan roadblock JPJ, ini roadblock dari dua orang sepupu aku tu lah" kata Ainursyah.

Izman mengangguk faham.

"Aku dah belikan kau makanan. Kau okay tak dengan makanan ni? Atau kau nak tukar?" Soal Izman.

Ainursyah mengangguk suka.

"Aku okay je, lagi pun ini makanan favorite aku, macam mana kau tahu?" Soal Ainursyah hairan. Makanan yang berada di atas meja di ambil.

"Aku pun tak tahu, aku pesan saja. Lagi pun cara kau mengingatkan aku pada 'dia' " kata Izman.

Ainursyah mengerutkan dahinya. Siapa 'dia' yang Izman selalu maksudkan. Tapi kenapa kau nak kena tahu?

"Dia? Siapa dia?" Soal Ainursyah ingin tahu.

"Kau tak kisah kalau aku bercerita tentang dia?" Tanya Izman.

"Nope, aku tak kisah. Memandangkan kita tiada topik yang boleh dibualkan, aku okay je" kata Ainursyah.

"Dia tu, orang yang aku pernah suka. Kira crush lah orang kata. Masa tu aku dan dia kawan sahaja, macam kau dan aku sekarang ini. Pergi mana-mana kita orang selalu sekali. Perasaan suka tu datang secara tiba-tiba. Sampailah satu hari tu kita orang gaduh besar. Dan disebabkan pergaduhan tu aku rasa menyesal sangat. Menyesal sebab tak percayakan dia. Tambah pula lepas sahaja dari tu aku terpaksa pindah ke luar negara. Dan hari terakhir sepatutnya aku dan dia jumpa bertukar menjadi hari sejarah hitam bila aku nampak dia kena langgar depan mata aku. Aku tak dapat nak tolong dia sebab aku ego, aku sanjung ego aku untuk tak tolong dia. Dan sampai sekarang aku menyesal" terang Izman panjang lebar. Air mata yang hampir keluar dia kesat.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now