BIL 17

361 37 6
                                    

"Memandangkan semua telah duduk di dalam kumpulan, abang akan serahkan satu kertas atur cara majlis kepada ketua kumpulan, jadi ketua kumpulan boleh bangun dan bergerak ke arah kak Diandra" kata abang Zaim.

"Siapa ketua?" Soal Lily iaitu pelajar tahun pertama.

"Entah" balas Ainursyah. Lily duduk sebelah dia sekarang ini, dari biar budak tu dipulaukan lebih baik dia membalas. Kalau tidak malu setahun.

"Iz! Kau ketua eh. Aku dah bosan jadi ketua, so kau boleh ke depan" kata Rayden tiba-tiba. Iya lah dia sudah banyak kali menjadi ketua, jadi lebih baik dia berikan jawatan itu kepada orang lain.

Izman sekadar mengangguk. Ketua? Alah senang sahaja.

"Macam mana kau orang setuju ke Iz jadi ketua?" Soal Rayden.

Masing-masing hanya mengangguk tanda setuju.

Tanpa kata terus Izman bergerak ke arah Diandra untuk mengambil kertas atur cara.

Ainursyah hanya memandang Izman dari jauh. Kenapa tiba-tiba dia rasa malu dengan Izman ni?

"Eh budak kau orang nama apa?" Soal Rayden pada dua orang pelajar tahun pertama.

"Saya Lily Haslina" kata Lily sambil tersenyum gugup. Sudahlah dia sedang bercakap dengan senior kacak! Untungnya dia...

"Kau?" Soal Rayden pada pelajar lelaki yang menunduk ke bawah.

"S-saya Daim Saiful" kata Daim.

Rayden tergelak. Daim? Coklat Daim?

Nurul mengetuk peha Rayden menggunakan buku.

"Awak ni! Apa gelak kan nama orang? Tak baik tahu!" Kata Nurul tegas. Malu lah budak tu.

Rayden menghentikan tawanya. Dia berdehem perlahan. Malu pula ketawa tak ingat dunia.

"Nah" celah Izman. Dia menghulurkan kertas atur cara kepada Rayden.

Rayden mengambil. Dia mula membaca aktiviti yang bakal mereka lakukan.

"Eh, biar aku baca kau orang dengan je" kata Rayden.

Yang lain mengangguk faham.

Rayden mula membacakan senarai aktiviti yang tertera di atas kertas itu.

"Kita ada aktiviti pasang khemah, ice breaking, persembahan, night walk, jungle tracking and last kita ada BBQ" kata Rayden.

Yang lain mengangguk suka.

Wajah Ainursyah mula bertukar pucat. Night walk?

"Ainur, kau okay?" Soal Nurul setelah mendapati Ainursyah diam.

"Ah, aku okay"

"Then kenapa senyap je?"

"Tak ada apa-apa. Lagipun aku nak cakap apa je?"

"Betul ni kau okay?" Soal Nurul lagi.

"Yes Nurul Shahira, I'm really, really okay" kata Ainursyah sambil tersenyum untuk meyakinkan Nurul bahawa sekarang ini dia tersangatlah okay.

"Baik lah kalau macam tu. Kau kalau ada apa-apa masalah bagi tahu. Jangan diam" Pesan Nurul.

Ainursyah mengangguk faham.

🧁

"

Awak! Sini lah. Suka hati je duduk tak nak tolong, tendang nanti" bebel Nurul. Geram pula dia dengan Rayden. Orang lain sibuk pasang khemah dia boleh pula tercegat macam pokok. Ada yang dia tendang dalam sungai nanti.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now