TAMAT

895 39 5
                                    

"Awak! Saya tak nak kek strawberi saya nak kek blueberry" kata Nurul dengan muncungnya.

"Sorry lah tadi saya ingat awak nak kek strawberi. Sebab selalunya awak nak kek strawberi" kata Rayden.

Kepalanya digarukan beberapa kali.

Pening!

"Hmmh awak memang tak sayang saya!" Tutur Nurul dan memeluk tubuhnya.

"Siapa cakap saya tak sayang awak? Saya sayang awak lah sayang" kata Rayden lembut.

"Tak mo lah merajuk macam ni. Nanti baby keluar muka kerut-kerut macam mana?" Soal Rayden.

"Ish awak ni!"

"Okay-okay saya beli kek blueberry okay?" Soal Rayden.

"Hmm"

"Okay saya pergi dulu tau" kata Rayden.

Hari sudah mahu hujan. Tapi tak apa lah dah isterinya nak dia ikutkan saja.

🧁

Sudah hampir satu jam Nurul menunggu kepulangan suaminya. Hujan dekat luar sudahlah lebat. Macam mana kalau suami dia kena hujan mesti demam. Haish itu lah kau Nurul minta yang bukan-bukan lagi.

Dah lah Rayden pergi guna motor bukan kereta ini yamg menambahkan kerisauan dia lagi ni.

Ting! Tong!

Bunyi loceng di tekan dari luar. Tanpa banyak kata Nurul terus bergerak ke pintu rumah.

"Awak!" Jerit Nurul dan memeluk Rayden kuat.

"Sayang... Saya tengah basah tau. Jangan lah nanti awak demam" tutur Rayden lembut.

"Tak nak... Saya minta maaf"

"Lah kenapa nak minta maaf ni?" Soal Rayden.

"Iya lah sebab saya awak kena hujan. Saya mengada-ngada nak makan kek blueberry sedangkan awak dah beli strawberi"

Mulutnya tercebik-cebik menceritakan kesalahan dirinya.

"Ala sayang, comelnya awak ni. Dah jom masuk. Kita mandi ya? Kesian sata dah sejuk ni" pujuk Rayden.

Sejuk sudah sampai ke tulang sekarang ini. Dengan angin yang menyapa tubuhnya lagi. Huh!

Sejuk bethol.

"Okay" balas Nurul.

🧁

"Haichum!" Sudah banyak kali dia terbersin.

"Sayang makan ubat jom" ajak Rayden. Kan dia dah agak yang isterinya akan demam.

"Tak nak! Ubat tak sedap!" Kata Nurul. Dia menyembunyikan diri di dalam selimut.

"Nak lah sayang... Ubat memang lah tak sedap dah nama nya ubat" kata Rayden lembut. Selimut yang meliputi tubuh isterinya dia buka.

"Tak nak... Pahit" kata Nurul lagi. Tercebik-cebik bibirnya tanda tidak mahu makan ubat.

"Makan ubat dulu ya. Nanti macam mana nak sihat? Sian baby. Kalau umi dia demam mesti baby demam juga. Sayang tak kesiankan baby ke?" Sengaja Rayden guna kan alasan anak mereka supaya Nurul mendengar kata-katanya.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now