BIL 36 (Raisya×Aiden)

419 33 0
                                    

Selepas sahaja solat subuh aku tidak tidur balik semata-mata mencari baju yang sesuai untuk berjumpa dengan bakal keluarga mertua ku.

Rambut yang hampir kering aku keringkan dengan hair dryer. Aku merapikan sedikit rambut ku yang agak serabai.

Aku mula mengoleskan sedikit lip balm supaya bibirku tidak kering dan pucat. Bb cream aku capai dan sapukan sedikit di wajah. Aku pandang wajah cantik aku dicermin dengan senyuman. Cantik!

Baik aku tahu angkat bakul badan sendiri but aku cantik!

Sempat aku mencapai beg tangan berwarna hitam yang berada di atas meja. Aku turun ke bawah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Tak sabarnya!

"Amboi cantik-cantik ni nak kemana?" Soal abang Rys.

"Cantik ke abang Rys?" Soal ku.

"Cantik princess, macam princess" kata abang Kal pula.

"Thank you" kata ku.

"Nak pergi mana princess papa pagi-pagi ni?" Soal papa.

Aku melabuhkan punggung di sebelah mama.

"Nak pergi jumpa bakal keluarga mertua dia lah pa" balas mama bagi pihak ku. Aku tersenyum dan mengangguk tanda mengiyakan apa yang mama katakan.

"Wah, elok lah tu" kata papa. Aku mengangguk.

"Doakan Sya tau. Sya pergi dulu assalamualaikum" kata ku dan melangkah keluar dari rumah. Tangan papa, mama dan kedua abang ku aku salam dan mencium pipi mereka.

🧁

" I nervous lah pula" kata ku tiba-tiba.

"Mama I tak makan orang lah sayang. Dia makan nasi je" pujuk Aiden. Tangan ku dia genggam.

"Ermm I punya baju ni okay ke? Ke tak okay?" Soal ku.

"Okay sayang. Dah cantik dah. Jom kita keluar okay? Nanti mama I pelik pula kita lama-lama dalam kereta ni. Nah ambil tadi you beli cheese tart untuk mama kan?" Soal Aiden.

"Ya untuk mama you" balas ku dan mula membuka pintu kereta Aiden.

"Assalamualaikum mama..." Panggil Aiden dari luar sejurus itu dia terus masuk ke dalam sempat dia menarik aku sekali supaya mengikuti dirinya.

"Waalaikumussalam, sampai dah anak mama" kata mamanya.

Aiden menolak ku ke arah mamanya. Aku bergerak ke arah mamanya dan menyalami tangan itu. Aku menayangkan senyuman manis kepada mama Aiden.

"Ni ke bakal menantu mama?" Soal mama Aiden dan memandang diriku atas ke bawah. Aku sekadar tersenyum nipis walaupun sebenarnya aku tidak selesa. Kenapa mama dia macam tak suka aku.

Dari tadi lagi aku perhati yang mama Aiden pandang aku dengan pandangan yang tidak suka. Mungkin perasaan aku je kut. Cepat-cepat aku menepis perasaan negatif.

"Ya mama, ni lah Raisya yang Aiden selalu cerita tu" kata Aiden.

"Ouh, duduk lah dulu. Mak Mah! Buatkan air untuk tetamu" laung mama Aiden.

Aku melabuhkan punggung di sofa yang berhadapan dengan mamanya. Aiden disebelah aku pandang sekilas.

"Ma Aiden nak naik atas sekejap tukar baju. Mama sembang lah dulu dengan Sya ye" kata Aiden dan mencuit aku. Aku hanya mengangguk.

Padahal dalam hati aku menghalang dia dari pergi. Takut mat! Duduk berdua dengan mak dia ni!

"I naik dulu tau" kata Aiden.

Hilang sahaja Aiden dari pandangan aku mula memandang ke arah mamanya semula.

"Oh ya aunty, ni saya ada beli cheese tart. Harap aunty sudi terima" kata Ku dan meletakkan kotak yang berisi cheese tart ke atas meja.

"Don't call me aunty, Nama I Puan Sri Aina" katanya.

Aku tersentak namun aku masih mengekalkan senyuman. Aku sudah mengagak apa yang bakal berlaku kerana dari luar aku sudah merasakan aura gelap yang mengelilingi kawasan rumah ini.

"Okay Puan Sri" balas ku.

"Dah lama kenal dengan anak I?" Soalnya.

"Dah. Kami kenal dah lama dari mula-mula masuk universiti lagi" kata ku.

"So you lah yang hampir kena rape tu?" Soalnya.

Aku tersentak. Aiden cerita pada mamanya? Bukankah itu aib aku.

Lambat-lambat aku mengangguk.

"Patutlah, baju pun tak cukup kain" hamburnya sinis.

Aku sekadar tersenyum nipis.

"Oh ya, I tak suka you. Senang cerita I tak nak you jadi menantu I" katanya.

Aku masih lagi mengekalkan senyuman.

"Ye lah, I tak nak terima orang yang bukan-bukan dalam family I. Lagi pun keluarga I ternama. So I tak nak terima orang yang dah tak suci macam you. So faham-faham lah ye" katanya sinis.

Hati aku betul-betul terguris saat ini. Mengapa mama Aiden begitu kejam terhadap diriku.

Kenapa dia perlu ungkit masa lalu aku?

"Tapi saya hampir bukannya dah. Lagi pun itu bukan salah saya. Saya dianiaya" balas ku berani. Aku tidak boleh menjadi lemah.

"Jadi ada I kisah? I tak tahu lah apa yang anak I pandang dekat you. Nak kata cantik boleh lah. Tapi setakat cantik nak buat apa kan?" Katanya sinis.

"Keluarga you kerja apa? Adik beradik you? Mesti tak setaraf dengan keluarga I. So sorry I tak akan terima" katanya lagi.

"Kenapa perlu libatkan pekerjaan keluarga saya pula?" Soal ku tidak puas hati dan mula meninggikan suara

"Parents you tak ajar ke cara beradab?" Soalnya.

"Kenapa pula? Saya yang tak beradab atau Puan Sri yang tak beradab? Kalau Puan Sri tak suka saya fine saya terima but jangan babitkan family saya. Itu dah melampau!" Kata ku tegas. Aku sudah cukup bersabar mendengar segala caci makian yang keluar dari mulut mama Aiden.

"Baguslah kalau you dah boleh terima. Jadi putuskan hubungan you dengan Aiden. I nak kahwin kan Aiden dengan pilihan I so... You boleh berambus" katanya dan bangun dari duduknya.

"Cheese tart ni? You ambil je lah balik" katanya dan menolak kotak cheese tart yang aku beli ke lantai.

Dan berlalu pergi.

Aku memandang kotak cheese tart yang berada di lantai. Aku menahan air mata dari terus tumpah. Aku mengeluarkan telefon dan nombor grab mula aku dail.

Aku tidak betah untuk duduk di sini. Aku tak nak Aiden tahu.

Aku mula keluar dari rumah keluarganya dan masuk ke dalam grab yang telah aku pesan. Mujur cepat sahaja grab itu sampai.

"Bawa saya ke taman" kata ku. Aku memandang ke luar tingkap dan air mata yang aku tahan selama ini tumpah jua.

Done ✅

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now