BIL 38 (Raisya×Aiden)

642 40 5
                                    

Ryskal hanya mengikut kereta adiknya dari belakang. Dia risau akan terjadi sesuatu perkara buruk menimpa adiknya.

Dia menghembuskan nafas lega saat melihat Raisya memasuki simpang ke kawasan rumah keluarga mereka.

Keluar sahaja Raisya dari kereta Ryskal terus memeluk adiknya erat.

Tersedu-sedan Raisya menangis di pelukan abangnya.

Ryskal membuat isyarat supaya diam kepada mama, papa dan juga abang kembarnya. Nanti dia akan cerita kan segalanya.

"Kenapa sakit sangat? Kenapa ianya terlalu sukar untuk Sya?Sya tak layak bahagia ke?" Kata Raisya di dalam pelukan abangnya.

"Shh Sya layak... Sya jangan lah macam ni. Abang ada... Mama ada, papa ada, abang kal ada. Semuanya sayangkan Sya" pujuk Ryskal.

Dia menggosok lembut belakang badan adiknya untuk menyalurkan kekuatan.

"Kenapa Sya bodoh sangat? kenapa Sya boleh jatuh hati pada orang yang salah? kenapa Sya?" Kata Raisya lagi.

"Sya tak bodoh, dia yang bodoh sebab sia-siakan Sya. Percayalah cakap abang Rys akan ada lelaki yang betul-betul cintakan Sya. Tak mo sedih-sedih dah ya" pujuk Ryskal. Dia mengelap air mata adiknya yang mengalir di pipi.

Dahi adiknya dia cium lembut.

"Abang Rys sayang adik abang. Jangan macam ni. Nanti tak cantik. Nanti siapa nak jadi princess untuk kami?" Kata Ryskal. Hatinya juga luluh melihat adiknya diperlukan sebegini rupa. Kalau ikutkan hatinya hendak sahaja dia tumbuk muka Aiden sampai lebam tapi disebabkan dia masih hormat dia biarkan sahaja.

🧁

Dua bulan berlalu dari hari putusnya hubungan Raisya dan juga Aiden. Tiada setitis pun air mata yang keluar setelah hari itu. Dia sudah berjanji yang dia tidak akan menitiskan airmatanya lagi buat lelaki itu.

Dia sudah serik dipermainkan. Bukan sekali malah berkali-kali. Dan ya lelaki yang hadir sebagai kekasihnya semuanya sama. Semuanya mempermainkan dirinya.

Baju kurung moden berwarna maroon dia capai. Cuba teka dia nak pergi kenduri siapa? Pergi kenduri bekas kekasihnya.

Kelakar kan? Tapi tak apa mungkin ini yang terakhir.

Rambutnya yang terkeluar diselitkan ke belakang telinga. Beg bagasinya yang sudah tersedia di belakang pintu dia capai.

Beg bagasi? Ya beg bagasi. Dia telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran kerja dan kursus di Bangkok Thailand. Dia nak bawa diri ke sana.

Dia malas untuk terus berada di sini. Dia hendak move on dari segalanya. Biarkan semua yang berlaku berlalu pergi begitu sahaja.

"Mama, papa Raisya pergi dulu" kata Raisya.

"Betul ni kamu nak pergi? Hati-hati sayang. Ada masa kami akan melawat kamu" kata Datin Darwina.

"Iya mama, doakan Raisya. Raisya sayang mama dan papa" kata Raisya dan memeluk kejap tubuh kedua orang tuanya.

Beg nya ditarik ke pintu rumah.

"By abang Rys, abang Kal. I will miss you guys. Rindukan Sya tau" kata Raisya dan menarik kedua-dua abangnya ke dalam pelukannya.

"Betul ni tak nak kami hantar?" Soal  Rykal.

"Iya. Tak nak. Sya nak singgah majlis orang sekejap" tutur Raisya.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now