BIL 8

431 45 4
                                    

"Ainur!" Jerit Raisya dan Nurul sebaik sahaja dia sampai. Kalut mereka ke arah Ainursyah.

"Tolong!" Jerit mereka. Bukannya tak pandai berenang tetapi ombak yang kuat membuatkan mereka tidak berani ke tengah laut.

"Tolong!"

"Kenapa ni?" Tanya seseorang.

"Awak! Tolong, tolong Ainur dia, lemas" kata Nurul.

Rayden memandang ke arah air laut yang bergelora.

Belum sempat Rayden ingin menolong Izman terlebih dahulu masuk ke dalam laut. Dia menarik Ainursyah sehingga ke pinggir pantai.

"Ainur" kata Raisya. Terus dia menghampiri Ainur.

"Kita nak buat apa ni, Ainur pengsan. Kita kena buat CPR" kata Nurul.

"Aku tak reti, kau reti ke?" Tanya Raisya. Menyesal pula dia tidak belajar di sekolah dahulu.

"Tak... Awak reti?" Tanya Nurul pada Rayden.

"Tak, aku tak pandai" kata Rayden. Tak kan dia nak buat CPR dekat Ainursyah kut. Memang tak lah.

"Aiden, you pandai kan. Hari tu you ada join kem kan" kata Raisya.

Aiden menggelengkan kepalanya. Gila! Kalau Raisya boleh lah, ni Ainursyah oh tidak!

"Biar aku" tawar Izman. Mujur dia belajar CPR maklumlah dulu dia ahli persatuan bulan sabit merah ketika berada di sekolah menengah. Cumanya untuk real life dia tidak pernah cuba.

"You? But Ainur tak akan benarkan" halang Raisya. Kalau Ainur mengamuk macam mana.

"Dah tak ada pilihan lain, atau kau nak sepupu kau mati. Pilihan dekat tangan kau" kata Izman selamba. Jujur dalam hati dia risau terlalu risau dengan keadaan Ainursyah.

Tangannya naik menekan dada Ainursyah untuk mengeluarkan air. Ditekan kuat, tetapi masih tidak berjalan.

"You, nadi Ainursyah lemah" kata Raisya. Tangannya dari tadi tidak habis memegang pergelangan tangan Ainursyah.

Nurul di tepi terlebih dahulu menyorok di belakang Rayden tidak sanggup untuk melihat sepupunya seperti ini. Rayden apa lagi tenangkan si Nurul.

Aiden hanya memerhati, dia turut terkejut dengan situasi ini. Tidak tahu apa yang harus di lakukan. Lagipun dia masih tidak boleh percaya yang Raisya berada di sini.

Adakah ini jodoh? Eh.

Izman akhirnya mendekatkan mukanya pada Ainursyah. Dalam hati dia berdoa supaya tidak jatuh dosa. Lagi pula tujuannya untuk menyelamatkan.

Baru sahaja bibirnya ingin mengenai bibir Ainursyah. Ainursyah terlebih dahulu memuntahkan air laut yang dia tertelan.

Tekaknya berasa perit dek air laut yang masin. Izman terus melarikan wajahnya. Dia bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Aiden.

"Ainur, are you okay?" Tanya Raisya. Dia membetulkan duduk Ainursyah.

"Kau nak buat apa dengan aku hah?" Sembur Ainursyah sambil memandang tajam ke arah Izman.

"Ainur, apa kau ni. Iz yang tolong kau tau" kata Raisya. Terkejut bukan main dia apabila Ainursyah terus sahaja menyerang Izman.

"Apa? dia nak benda tak senonoh dekat aku tahu, dasar lelaki miang! Kau tahu aku lemas pun sebab dia lah" kata Ainursyah lagi. Dia memandang tepat ke wajah Izman dengan rasa benci.

"Ainur! Kau ni kan. Baik ikut aku pergi masuk bilik sekarang! Ini dah melebih. Nurul kau bawak dia masuk bilik biar aku basuh sikit otak dia" kata Raisya. Ainursyah ni kena sampuk dengan hantu laut ke apa? Tiba-tiba jadi macam ni. Tak boleh ke kalau cakap baik-baik.

C | BELIEVE IN LOVEOnde as histórias ganham vida. Descobre agora