BIL 5

560 50 6
                                    

Sebulan berlalu, sedar tak sedar hari ini merupakan hari terakhir untuk semester ke lima. Dan selepas ini akan masuk ke semester terakhir. Mereka bertiga masing-masing akan pulang ke rumah keluarga. Mungkin dalam tiga minggu lagi baru mereka akan bersua kembali.

"Raisya, kau nak balik Kuala Lumpur ke?" Tanya Ainursyah.

"Yes, aku balik KL dulu nanti next week aku balik Perak. Papa aku dah bising tak balik lama. Sedangkan baru sebulan tak jumpa" Balas Raisya.

"Kau Nurul, balik Selangor ke?" Tanya Ainursyah pada Nurul pula. Gadis itu tidak habis mengunyah kerepek.

"Haah, aku balik rumah aku dulu. Nanti minggu depan aku balik lah rumah opah, kau?" balas Nurul.

"Aku macam biasalah balik rumah opah terus. Mana lagi aku nak pergi" Balas Ainursyah.

Mereka bertiga berpelukan sebelum masing-masing meneruskan hala tuju sendiri. Raisya akan pulang ke Kuala Lumpur. Nurul akan ke Selangor dan Ainursyah akan ke Perak.

"I will miss you guys, see you guys next week ya" Kata Raisya. Air mata yang dia tahan akhirnya tumpah jua. Walaupun sekejap sahaja tetapi untuk orang berhati tisu seperti Raisya tetap akan mudah menangis.

"Jumpa nanti, take care. Drive Save. Raisya jangan bawa kereta laju-laju sangat, kau Nurul jangan tidur pula waktu bawa kereta. Ni kerepek pun jangan asyik nak makan je" Bebel Ainursyah.

Raisya dan Nurul sama-sama tertawa dengan bebelan Ainursyah.

"Baik bos!" Kata Raisya dan Nurul serentak.

"Kau pun sama. Jangan nak cakap orang je. Jumpa nanti bye!" Kata Raisya.

🧁

Sampai sahaja di rumah, Ainursyah laju melangkah masuk. Dia melilaukan mata mencari keluarganya. Mana semua orang ni?

"Assalamualaikum, ibu! ayah! " laungnya.

dia menggarukan kepalanya. Pintu rumah diketuk berkali-kali.

Bukannya dia tiada kunci rumah, cumanya dia pelik kenapa rumahnya kosong hari ni.

"Assalamualaikum!" Panggil nya lagi.

Baru sahaja dia hendak membuka pintu baru lah pintu rumah dibuka.

"Eh, Ainur. Kenapa tak cakap nak balik?" Tanya orang yang membuka pintu itu.

"Hehehe, Ainur saja nak buat surprise, opah sihat?" Tanya Ainur. Bukan opah pergi rombongan ke Langkawi ke?

"Sihat je, mari lah masuk" ajak opah.

"Opah mana semua orang?" Tanya Ainursyah pelik.

"Ibu dan ayah kamu keluar beli barang sikit rasanya" terang opah.

Ainursyah menganggukkan kepalanya. Dia masuk ke dalam rumah. Dia mengambil tempat di sebelah opahnya. Kepala dilentokkan pada bahu opahnya. Tangan tua itu digenggam erat. Rindunya. Lama tak jumpa.

"Oh ya, bukan ke opah dekat Langkawi?" Tanya Ainursyah.

"Baru je balik tadi, ni Raisya dan Nurul tak ikut balik sama ke?" Tanya opah. Dah lama dia tidak melihat dua orang cucunya itu. Rasanya last jumpa raya tahun lepas. Sibuk sangat sampai tak ada masa nak balik kampung.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now