Bil 35 (Raisya×Aiden)

443 34 0
                                    

3 bulan kemudian

Raisya pov

Kertas di tangan aku renung sejenak sebelum kembali memandang ke arah stok kain yang baru sampai. Aku mula mengeluh. Apa yang perlu aku buat ni?

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Aiden. Aku harus berbincang dengan dia.

"Hanim, I nak keluar. Maybe tak balik sini semula. Jaga butik" arah aku. Sebaik sahaja mendapat anggukan dari Hanim aku terus mencapai beg tangan dan keluar dari butik.

Aku mula meloloskan diri ke dalam kereta milikku. Cermin sisi kanan aku lihat sebentar sebelum memulakan perjalanan.

Ring!

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berdering dengan kuat. Nama sang pemanggil aku pandang sekilas sebelum mengeluh. Aku tidak mengapa aku banyak mengeluh namun yang aku tahu semuanya bersebab.

Dengan malas aku menekan butang hijau dan telefon dilekapkan ke telinga.

"Waalaikumussalam ya mama"

"Kamu dah dapat surat tu sayang?"
Soal mama dihujung talian.

"Dah mama" balas ku pendek.

"Jadi kamu nak pergi ke sayang?"

"Sya tak tahu ma, Sya nak tanya Aiden. Kalau dia dan Sya berkahwin dalam masa yang terdekat ni Sya tak pergi but if not Sya akan terima tawaran tu" kata ku dan mula menyandarkan badan ke seat pemandu.

Bercakap tentang Aiden tiada sekali pun dia mengajak aku berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya. Nurul dan Ainursyah telah pun berkahwin malah Ainursyah bakal menimang cahaya mata namun aku masih lagi seperti ini. Umur sudah mencecah 24 tahun. Bagi orang lain mestilah masih muda tapi bagi aku tidak lagi-lagi aku dan Aiden sudah bercinta lama namun tiada arah tuju.

Aku pun malas mahu memaksa mungkin Aiden mahu enjoy masa mudanya atau pun dia terlalu sibuk dengan kerja di pejabat.

Setiap kali kenduri kahwin yang ada kedua-dua orang tuanya Aiden tidak pernah membenarkan aku berjumpa dengan mereka. Banyak alasan yang Aiden berikan jadi aku biarkan sahaja. Mungkin Aiden mahu membuat kejutan kepada mamanya.

"Tapi jauh lah sayang... Dekat Bangkok Thailand tu. Mama takut lah nak lepaskan Sya"

"Sya okay lah mama, nanti Sya inform dekat mama ya?"

"Balik sini tau hari ni" ajak mama.

"Baik ma. Sya balik rumah mama hari ni" kata Aku dan mula mematikan panggilan sebaik sahaja memberi salam sebagai tanda pengakhiran perbualan.

🧁

"Hi you, sorry lambat" kata ku sebaik sahaja berada di hadapan Aiden. Memandangkan kami memang sudah bercadang untuk lunch sekali hari ini ianya lebih memudahkan aku.

"It's okay" balasnya namun tumpuannya masih lagi pada telefon bimbitnya.

Aku mula melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengannya. Telefonnya aku capai dan aku tutup selepas itu aku meletakkan telefonnya di sebelah kanan ku.

Aiden mencerlung aku tajam namun aku tidak mengendahkannya.

"You! Raisya, I ada kerja tau!" Bentak Aiden tidak puas hati. Aku pekakkan telinga sahaja sudah lali dengan perangai Aiden.

"Sorry not sorry sayang, now lunch our and date kita so no handphone please" kata ku dan mengerdipkan mata berkali-kali.

"Okay fine" katanya.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now