BIL 4

628 52 6
                                    

"Rayden!" Panggil seseorang. Rayden terus melilaukan pandangan untuk mencari dari mana datangnya suara itu. Akhirnya dia tertancap pada wajah cantik kekasih hatinya.

"Eh Nurul, awak buat apa dekat sini?" Tanya Rayden. Dia menghampiri Nurul, Ainursyah dan Raisya.

"Makan, Ainur belanja" kata Nurul riang.

Rayden menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Awak pula buat apa?" Tanya Nurul.

"Saya pun datang sini nak lunch dengan sepupu saya" balas Rayden.

"Aiden ke? Mana dia?" Celah Raisya. Dia mencari kelibat Aiden kut-kut ada.

"Tak lah, dengan cousin aku yang lagi satu, dia baru balik dari luar negara, tapi nanti dia satu universiti dengan kita" balas Rayden.

Raisya menganggukkan kepala lemah. Mana Aiden ni, dia betul-betul bosan dengan aku ke?

"Bro.." tegur seseorang kepada Rayden.

"Yow, Iz lama tak jumpa" balas Rayden.

"Asal kau duduk sini, ngorat awek eh?" Tanya orang itu.

"Tak ngorat awek lah, dah sangkut tak payah susah ngorat dah" balas Rayden sambil tergelak.

Ainursyah terlebih dahulu memandang ke arah berlainan, tak betah untuk menatap wajah lelaki itu. Jangan kata ini sepupu Rayden.

"Awak, siapa ni?" Tanya Nurul ingin tahu. Kacak juga!

"Ni sepupu saya, Izman" balas Rayden.

Izman menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Izman, ni girlfriend aku, Nurul, ni Raisya girlfriend Aiden dia ni kaki kikis tau, dan ni Ainur" kata Rayden sempat dia memerli Raisya.

Raisya menjeling Rayden geram.

"Heh, mulut you jaga sikit eh, I tampar you apa tak jadi" balas Raisya sambil memeluk tubuh. Bibir dimuncungkan ke depan.

"Betul lah Aiden cakap girlfriend dia manja, nasib lawa" kata Izman.

Raisya tersengih malu, orang handsome puji malulah kita.

"Kau... Bila last makan penumbuk aku?" Sampuk seseorang.

Izman menayangkan sengih.

"Gurau bro, tak da nya aku caras awek orang" balas Izman.

Raisya memalingkan wajahnya ke arah lain.

Aiden menyimpan senyum. Alah la, nak kena pujuk ke ni?

"Aiden! Nasib awak datang, tadi Raisya ni macam orang gila cari awak" kata Nurul.

Raisya membulatkan matanya. Eii, Rayden dan Nurul sama naik, mulut tu nak kena cili ke? Memang patut jadi pasangan.

"Ye ke? Sorry sayang, tadi I ada hal, mama I dari Kuala Lumpur datang melawat I" kata Aiden.

Raisya diam tidak membalas.

Dia memandang ke arah Ainursyah yang sedari dari tadi asyik diam tidak berkata.

"Ainur kau asal?" Tanya Raisya.

Kini semua mata tertumpu pada Ainursyah yang menyorokkan mukanya menggunakan beg tangan milik dia.

Perlahan-lahan Ainursyah mengangkat kepalanya memandang ke arah orang yang melihat dirinya. Dia menayangkan senyuman nipis.

"Tak... Tak ada apa-apa" balas Ainursyah gugup.

"Apa kata you guys join kita, Don't worry hari ni Aiden belanja" kata Raisya.

Aiden terus terbatuk-batuk apabila namanya dipetik. Matanya membulat memandang kekasih hatinya yang suka hati membuat keputusan. Bukan tadi merajuk ke?

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now