BIL 37 (Raisya×Aiden)

462 36 0
                                    

Sudah hampir seminggu setelah aku berjumpa dengan mama Aiden. Tapi sekali pun Aiden tidak menghubungi aku. Adakah Aiden pun tidak menerima aku?

Aku hanya meneruskan hari-hari aku seperti biasa. Apa yang terjadi hari tu aku tidak ceritakan kepada sesiapa. Bahkan keluarga aku sendiri. Aku cuma menjawab semuanya okay padahal sebaliknya.

"Cik Raisya tak nak balik lagi ke?" Soal Hanim.

"I balik lambat sikit hari ni, you balik lah dulu biar I yang tutup butik hari ni" kata ku.

"Kalau macam tu saya balik dulu ya" kata Hanim dan berlalu pergi.

"Hati-hati" pesanku.

Hanim sekadar mengangguk dan berlalu pergi.

Telefon bimbit disebelah aku pandang sekilas sebelum aku mencapainya.

Aku ada titipkan beberapa pesan buat Aiden namun dia hanya bluetick sahaja.

Ting!

Abang Rys busyuk!

Jom dinner dengan abang, Sya belanja

Aku mencebik geram. Dia ajak dinner dia suruh orang belanja busuk betul perangai!

Raisya

Dia ajak orang dia lah belanja! Ye lah jumpa dekat Restoran Sri Ayu

Telefon pintar di tangan aku masukkan ke dalam beg. Fail yang bersepah aku kemaskan dan susun di bawah laci. Akhirnya lampu butik semua dipadamkan. Huh gelap!

🧁

Kaki aku laju melangkah ke restoran yang terletak jauh dari tempat parkir ku. Maklumlah waktu begini sudah tentu ramai orang yang pulang dari kerja untuk makan bersama.

Mataku mula tertancap pada pasangan kekasih yang lalu dihadapan ku. Pada mulanya aku tersenyum suka. Teringat pula aku pada Aiden.

Namun apabila si lelaki mula memalingkan wajah ke belakang aku mula terkedu. Tak tak mungkin itu Aiden.

Aku memerhati mereka lama. Siap berpelukan. Siapa perempuan tu. Aku hanya memerhati di sebalik pokok. Baru sahaja aku ingin melangkah badan ku ditepuk dari belakang.

"Oh mak kau!" Latah ku terkejut. Aku mencerlung orang itu tajam.

"Ish! Abang ni! Suka terkejut kan Sya tau!" Kata ku dan mencubit lengannya.

"Sya tu yang terhendap-hendap. Usya apa ha?" Soalnya.

"Tak ada apa lah. Sya tengok je ramai orang ke tak" tipu ku.

"Dah jom masuk. Abang dah tempah meja. Don't worry abang belanja" katanya. Aku mengangguk suka dan merangkul lengannya.

Tentang Aiden tadi aku lupakan sebentar. Tapi betul ke tu Aiden? Atau dia silap pandang. Tak mungkin Aiden akan menduakan aku.

Pandangan ku mula melilau mencari Aiden. Kut-kut lah dia ada di sini.

"Princess, cari siapa?" Soal abang Rys yang perasan dengan tindakan ku.

"Tak ada cari siapa. Saja tengok-tengok kawasan ni" tipu ku.

Sebaik sahaja mendapat anggukan dari abang Rys terus alu mengeluh lega.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now