BIL 29

398 31 7
                                    

Tangannya mula meraba-raba mencari telefon bimbitnya di dalam bag tangan. Setelah itu dia terus melihat nama pemanggil itu. Dia berdehem kecil sebelum menjawab panggilan.

"Assalamualaikum awak..."

"Waalaikumussalam, Ainur awak dah pergi ke tapak projek tu?" Soal Izman.

"Saya baru je sampai ni. Kejap lagi saya jumpa Dato Ramzi" balas Ainursyah. Tangannya yang satu lagi mulai menggenggam kemas beg tangannya.

"Hati-hati... Nanti dah selesai jangan lupa call saya ya. Maklumkan semua maklumat terus pada saya" Kata Izman.

"Baik bos!" Balas Ainursyah dan tergelak kecil.

Izman yang berada di hujung talian turut tergelak kecil. Suka betul main-main.

"Okay lah saya masuk meeting dulu, bye assalamualaikum" kata Izman.

"Waalaikumussalam" sejurus itu panggilan dimatikan.

Baru sahaja dia ingin melangkah kepalanya dihentak kuat dari arah belakang. Kepalanya mulai pening dan pandangan matanya mulai kabur.

🧁

Sudah hampir dua jam dia menunggu Ainursyah pulang dari tapak projek. Namun kelibat Ainursyah pun dia tidak melihat tika ini. Baru sahaja dia hendak keluar telefon pejabat berbunyi.

"Hello Dato"

"Ha Iz, mana orang yang sepatutnya berurusan dengan saya? Saya ingat saya je yang lambat rupanya dia pun tak datang, satu jam saya tunggu" Hambur Dato Ramzi.

"Hah? Bukan tadi dah sampai ke? Tadi pukul 10 saya dah telefon orang yang sepatutnya jumpa Dato, dan dia cakap dia dah sampai. Saya pun tunggu dia juga ni" terang Izman. Hatinya mula tidak sedap.

Tangannya naik mengurut dahinya.

"Macam ni lah Iz. Saya ada urusan lain. Kita bincang lain kali je lah. Memandangkan syarikat kamu tak pernah buat hal jadi saya boleh bertimbang rasa. Kita jumpa lain kali. Assalamualaikum"

"Saya betul-betul minta maaf Dato. Baiklah kalau Dato dah cakap begitu. Waalaikumussalam" sejurus itu dia terus meletakkan panggilan.

Tangannya menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan telefon bimbit. Selepas itu dia mulai mendail nombor Ainursyah.

Setelah hampir sepuluh kali dia menghubungi Ainursyah namun tiada satu pun yang terjawab.

"Ainur, awak pergi mana ni?" Soal Izman sendirian. Tanpa berlengah dia mula menghubungi Raisya.

"Raisya, Ainur ada dengan kau?" Soal Izman. Tanpa salam terus saja dia menyoal.

Raisya dihujung talian mula menggaru kepala. Tiba-tiba saja dia kena serang. Terkejut mak!

"You ni salam tak ada tiba-tiba tanya Ainur ada dengan I atau tak. Of course lah dia tak ada. Sekarang kan waktu kerja buat apa dia nak jumpa I"

"Tak ada? Betul ni tak ada?" Soal Izman lagi.

"Ya Allah buat apa I nak tipu. Ainur memang tak ada dengan I. Wait, why? Ainur mana?"

"Kalau aku tahu aku tak call kau. Tak apa lah bye" sejurus itu dia mematikan panggilan nombor telefon Nurul pula dia dail.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now