BIL 30

486 36 4
                                    

"Jadi sekarang ni, saya harap tengku boleh bawa bersabar. Saya dah cuba track location Cik Ainur tapi signal sangat lemah" kata inspektor Zulkifli.

"Saya tak ada masa untuk bersabar. Nak dekat satu jam saya dekat sini alasan masih sama. Signal lemah, signal lemah! Sudahlah aku buat tindakan sendiri sajalah!" Tengking Izman dan keluar dari balai polis.

Aiden dan Rayden yang berada di situ menunduk memohon maaf atas tingkahlaku Izman yang kurang bermoral.

"Maafkan kawan saya yang Tuan. Kami pergi dulu" kata Rayden.

"Bro... Kau ni pun, kalau marah pun janganlah sampai macam tu sekali. Betul lah apa polis tu cakap sabar" nasihat Rayden.

"Kau nak suruh aku sabar macam mana lagi? Sudah kalau kau orang pun nak membebel baik blah! Aku boleh handle sendiri" kata Izman.

"Okay, kita orang tak bebel. Kita orang tolong kau okay? Jom kita balik jumpa  abah kau, aku yakin dia boleh bantu. Aku akan call Raisya untuk maklumkan hal ni. Aku rasa Raisya boleh tolong" kata Aiden. Setahunya keluarga Raisya mempunyai syarikat perisikan rahsia. Lebih kepada spy.

"Hmm" Izman hanya mampu menggumam. Kalau dia terus sahaja serang tanpa strategi dia mungkin akan tercedera, bukan dia sahaja malah Ainursyah juga akan turut tercedera.

🧁

"Iz, I dah dapat location Ainur" kata Raisya dan menunjukkan laptopnya. Semua terus bergerak ke arah laptop di atas meja.

"Gudang lama jalan 136 seksyen 87" gumam Rayden.

"Jom kita pergi!" Kata Nurul.

"No!" Semua menghalang Nurul.

"Biar kami yang pergi. Awak duduk sini dengan Raisya. Dapatkan bantuan dari pihak polis okay?" Pujuk Rayden.

"T-tapi..."

"No tapi tapi... Bahaya"

"Betul apa yang Rayden cakap. Kita tak tahu dia orang ada berapa orang. Lepastu kita tak tahu tahap ketangkasan dia orang macam mana. Kita yang tiada apa-apa teknik tak kan mampu untuk kalahkan dia orang" sokong Raisya. Dia memang nak bantu namun dia juga tidak mampu.

Perlahan-lahan Nurul mengangguk akur dengan kata-kata Raisya.

"Kalau macam tu you guys boleh siap sedia. I ada a few things yang boleh tolong korang. Use this kalau perlu. Make sure jangan tembak mati I takut you guys yang dikenakan tindakan. And ya I dah suruh beberapa pekerja papa untuk turut serta. Goodluck! I dan yang lain doakan semoga korang berjaya!" Kata Raisya. Dan mengeluarkan satu kotak hitam yang terdapat di bawah mejanya.

Izman, Aiden dan Rayden mengangguk.

"Thanks Raisya" ucap Izman.

Sekarang ini mereka berada di butik Raisya. Nurul yang berada di Pahang terus sahaja pecut ke kuala lumpur semata-mata untuk mengetahui keadaan Ainursyah. Sehari berlalu. Dan sekarang baru mereka mengambil tindakan.

Bukannya tidak mahu ambil tindakan awal namun memang tidak dapat dikesan.

Mereka sekarang ini hanya berserah pada takdir Allah.

🧁

"Cukuplah seksa aku Farhana. Kita kan kawan?" Pujuk Ainursyah. Dia sudah tidak sanggup. Sudahlah dia lapar dari semalam tak menjamah apa-apa makanan. Air pun tidak diberikan. Sungguh kejam!

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now