BIL 33 (Nurul × Rayden)

364 30 0
                                    

Dari dalam kereta lagi tiada satu suara pun yang keluar dari mana-mana bibir. Aku hanya diam.

Sampai sahaja di rumah aku hanya mengikut mama dan abah yang bergerak ke ruang tamu.

"Lepas ni jangan jumpa Rayden lagi" kata mama tiba-tiba.

"Tapi kenapa mama?" Soal ku.

"Mama tak nak adik ada apa-apa hubungan lagi dengan keluarga tu!" Kata mama tegas.

"Tapi kenapa? Adik tak fahamlah mama" kata ku. Aku perlukan jawapan.

"Macam ni-" abah mula menceritakan segalanya.

"Dulu arwah Ikmal abang kamu pernah bercinta dengan anak datin Adibah tu.. jadi kami pun okay saja lah untuk masuk meminang tapi datin adibah tu tolak kami mentah-mentah sampai hina dan caci keluarga kita. Dia kata orang macam kita tak akan layak dengan keluarga dia. Jadi kami terkilan. Arwah Ikmal pun turut terkilan dan kecewa. Disebabkan tolakan tu lah Ikmal kecewa dan accident. Rasanya kamu kecil lagi masa tu. Jadi kamu tak tahu apa-apa" terang abah.

"Jadi arwah abang ikmal meninggal disebabkan dia kecewa?" Soal ku.

"Iya... Adik dengar cakap mama ye. Kita tak setaraf dengan mereka" Kata mama. Aku hanya mengangguk perlahan. Aku sayangkan Rayden. Lama kami bercinta tak kan kami nak berpisah hanya disebabkan perkara macam tu.

🧁

Sudah seminggu berlalu dari hari yang aku mengetahui mengapa mama tidak sukakan keluarga Rayden. Aku mula tidak sedap hati. Selalunya Rayden tetap akan mesejnya walaupun hanya memberi salam tapi sudah seminggu Rayden senyap.

Aku mula mendail nombor Rayden. Aku dan dia kena berbincang. Walaupun aku masih lagi terkilan dengan tindakannya semalam namun aku tidak boleh terus membuat keputusan melulu.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila hubungi sebentar lagi"

"Cis! Membazir top up aku saja. Kenapa lah akak operator ni rajin sangat jawab" bebel ku.

"Ah lantaklah situ, baik aku keluar cuci mata lagi bagus"

Kunci kereta yang berada di atas meja aku capai. Shopping mall menjadi tujuan ku.

"Yes shopping!"

🧁

Hampir satu jam aku berada di sini namun tiada satu barangan pun yang mampu menambat hati aku.

Nak beli beg, semua nya tak cantik. Harga je mahal tapi design tak lawa.

Baju? Lagi lah semua nya tidak cantik. Tidak mengikut citarasa aku.

"Lebih baik aku makan" kataku dan mula bergerak ke restoran yang terdapat berhampiran dengan shopping mall ini. Aku tidak begitu suka menjamah makanan yang berada di sini kerana ianya langsung tidak sedap. Harga je mahal tapi kualiti langsung tiada.

Yes! Tom yum!

Restoran Thailand yang berada di sebelah shopping mall menjadi tujuan ku. Aku mula bergerak ke sana.

Sampai sahaja di sana mata ku terarah pada dua sosok tubuh yang aku kenal.

Rayden dan Sally? Sejak bila mereka rapat.

Aku hanya memerhati mereka dari jauh sahaja. Dapat aku lihat Rayden yang tersenyum seakan gembira disamping Sally.

Aku mula meramas jari sendiri.

C | BELIEVE IN LOVEWhere stories live. Discover now