🌷 ERS ¦ Move In

109 17 6
                                    

Eric Sohn;

Eric Sohn;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kau kata nak tolong? Cepatlah. Banyak barang nak kemas ni"

Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya Eric membuat keputusan untuk menelefon Sunwoo yang sudah berjanji untuk membantu Eric mengemas rumah baharunya

Lelaki itu baru sahaja pindah ke sebuah kondominium mewah dan memerlukan bantuan mengemas barang barang

[" Sabarlah. Aku sesat ni. Location kau bagi dekat aku tu betul ke tak? Daripada tadi aku tak jumpa tempatnya "]

"Betullah aku bagi. Atau kau nak aku send yang baru punya?"

[" Eo. Send yang baru "]

"Eung. Cepat sikit tau? Banyak nak kemas"

[" Ye ye "]

Eric menamatkan panggilan lalu terus menghantar lokasi terkini kediamannya

Sekeliling rumahnya dipandang. Lalu pandangan Eric teralih pada pintu beranda

Langit sudah gelap gelita, tapi rumahnya belum siap dikemas

"Nak tunggu mamat tu, esok baru sampai agaknya" Bebel Eric perlahan sambil mencari sebuah kotak

"Mana pulak kotak bantal tidur aku-- Ah! Dekat luar"

Dengan segera Eric bangun, membersihkan habuk pada seluar sebelum pergi keluar pintu

Buka sahaja pintu, ada seorang wanita tua baru melintasi rumah Eric tepat memandang Eric dengan pandangan mendatar

Kemudian, dia berhenti berjalan perlahan lahan pusingkan tubuh pada Eric

"Annyeonghaseyo ahjumma~ Saya baru pindah ke sini. Nama saya Eric Sohn" Eric tunduk hormat pada wanita tersebut

Wanita tua tersebut tidak mengeluarkan sebarang kata kata. Namun, dia menunding kearah pintu rumah jiran sebelah Eric

"Jangan buka. Pedulikan diorang" Eric pandang kearah pintu yang ditunjuk wanita tersebut memproses nasihat pendek itu

"Tapi kenapa--"

Baru Eric menoleh semula kearah wanita tersebut, dia sudah lesap entah ke mana

Bulu roma mula tegak berdiri. Sudahlah suasana kaki lima yang senyap sunyi, hanya diterangi dengan lampu lampu koridor sahaja. Bagaikan tiada penghuni di mana mana unit walaupun penjual rumah mengatakan tingkat kondo Eric sudah penuh dengan penghuni

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now